Ikuti Kami:

“Awak Suka Bersenam Atau Saya?”- Kim Jongkook Dedah Masalah Sering Dihadapi Apabila Ada Kekasih

“Awak Suka Bersenam Atau Saya?”- Kim Jongkook Dedah Masalah Sering Dihadapi Apabila Ada Kekasih

Siapa peminat “Running Man” di sini? Mesti semua kenal dengan Kim Jongkook kan? Ahli yang paling ‘gangster’ sekali dalam rancangan itu sampaikan yang lebih tua daripadanya pun tak boleh lawan! Pada tahun 2019 ini, lelaki sasa itu telah pun mencapai usia 43 tahun. Walaubagaimanapun, dia masih lagi solo dan belum lagi beretemu dengan wanita yang sesuai.

Bukannya dia sahaja yang meluahkan hasrat ingin berumah tangga dalam masa terdekat ini bahkan ahli “Running Man” yang lain pun saban minggu menggesanya supaya cepat kahwin! Sehinggakan mereka sendiri sibuk cuba menjodohkan Jongkook dengan tetamu wanita dalam rancangan itu.

kim jongkook dedah masalah yang sering dihadapinya apabila bercinta

Terbaru, menerusi program “My Ugly Duckling”, penyanyi bersuara halus itu telah meluahkan satu masalah yang sering dihadapinya apabila mempunyai kekasih. “Dahulu, ada ketika saya akan cuba menipu teman wanita saya supaya dapat keluar bersenam. Saya berpura-pura seperti ingin ke tempat kerja walhal saya akan pergi bersenam tanpa pengetahuannya,” jelasnya.

Tambahnya lagi,“Apabila saya mempunyai teman wanita, saya sering ditanya ‘Awak suka bersenam lagi ke atau saya?”. Pengacara rancangan itu iaitu Shin Dongyup terus mencelah dan menyatakan sekiranya kekasihnya bertanya soalan itu, sepatutnya sebelum habis lagi dia mengutarakan soalan itu, dia perlu jawab “Awak”.

kim jongkook dedah masalah yang sering dihadapinya apabila bercinta

Kim Jongkook turut menceritakan lagi, “Semasa bertemu janji dengan kekasih saya selama 4 tahun, hanya ada sekali sahaja saya memilih untuk berjumpa dengannya dan tidak pergi bersenam. Selepas melakukan hal demikian, saya asyik membesar-besarkan perkara tersebut sehingga saya tak sedar berapa lama saya ungkit pasal hal itu. Pada masa itu, saya merasakan yang saya perlu bersenam, tak kiralah apa pun. Sebab itu saya merasakan bahawa saya betul-betul sayangkan dia kerana hal tersebut.” Parah betul!

Yoon Seyoon berseloroh dan mengatakan bahawa,“Jika saya kekasih awak, sudah pasti saya akan marah setiap kali dada awak semakin membesar.”

Harapnya Kim Jongkook dapatlah menangani masalahnya itu dan berjaya mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini. Maknya pun dah lama berharap agar anak bongsunya itu membawa pulang menantu padanya!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...