Ikuti Kami:

Atlet Tinju Filipina Manny Pacquiao Bakal Jadi Tetamu ‘Running Man’

Atlet Tinju Filipina Manny Pacquiao Bakal Jadi Tetamu ‘Running Man’

Nampaknya ahli tinju popular Manny Pacquio bakal menjadi tetamu “Running Man” tak lama lagi.

Menurut laporan eksklusif, lelaki yang juga merupakan senator di Filipina akan menjadi tetamu rancangan SBS itu sebagai sebahagian jelajah promosi di Korea Selatan. Dia akan tiba di Korea Selatan pada 10 oktober dan menyertai pelbagai aktiviti lain termasuklah membuat kemunculan khas dalam “Running Man”.

Pihak produksi rancangan itu turut mengesahkan berita tersebut,

Manny Pacquiao akan menyertai rakaman bersama ‘Running Man’ yang dijadualkan pada 11 Oktober.

manny pacquiao

Untuk pengetahuan, “Running Man” pernah membawa rama selebriti antarabangsa sebelum ini seperti Ryan Reynolds, Tom Cruise, Park Ji-sung, Jackie Chan dan Patrice Evra.

Khabarnya, episod bersama Manny Pacquiao akan ke udara pada 23 Oktober nanti.

Wow!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...