Ikuti Kami:

Atas Permintaan Ramai, Na Inwoo Bakal Rakam Semula 6 Episod Terawal ‘River Where The Moon Rises’

Atas Permintaan Ramai, Na Inwoo Bakal Rakam Semula 6 Episod Terawal ‘River Where The Moon Rises’

Disebabkan pendedahan kes buli Jisoo ketika zaman sekolah yang menerima kecaman ramai, watak pelakon itu di dalam drama “River Where The Moon Rises” terpaksa digantikan oleh Na In-woo bermula daripada episod ke-7.

Walaubagaimanapun, episod enam terawal drama itu kekal dibuang daripada laman ulang tayang (VOD) Korea kerana Jisoo masih muncul di dalamnya. Tapi rata-rata penonton baru meminta untuk menonton episod awal tersebut bagi memahami perjalanan cerita itu.

na inwoo ondal

Oleh itu, pihak “River Where The Moon Rises” akan kembali merakamkan semula enam episod terawal dan menggantikan Na In-woo di dalamnya bagi memudahkan tayangan di laman tersebut.

Semakin banyak permintaan penonton yang mahu menonton semula episod 1 hingga 6. Bagi membantu penonton untuk terus menikmati drama ini dan juga menarik penonton baru, kami akan merkamkan semula episod 1 hingga 6 dan menyambung semula perkhidmatan ulang tayang. Tolong nantikan episod 1 hingga 6 yang akan direka semula oleh Na In-woo sebagai On Dal.

Semoga bertabah kesemua pelakon dan staf “River Where The Moon Rises”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...