Ikuti Kami:

“Asyik Mengadu..” – Bosan vs Healing, Episod Khas Song Jihyo Dalam ‘Running Man’ Terima Komen Pra-Kontra?

“Asyik Mengadu..” – Bosan vs Healing, Episod Khas Song Jihyo Dalam ‘Running Man’ Terima Komen Pra-Kontra?

Pada saban episod, pastinya akan ada kisah yang menjadi bualan di “Running Man”.

Terbaru, pihak produksi telah menyediakan misi istimewa buat Song Ji-hyo di mana dia mengetengahkan pelan percutian ‘Detox Tour’. Menurut wanita itu, dia mahu ahli yang lain berehat dari kesibukan dunia teknologi dan kepadatan kota.

Walau bagaimanapun, pelan itu sebenarnya menjadi sedikit huru-hara apabila ada yang tidak mahu mengikutinya dan cuba melawan. Pun begitu, ada sahaja yang cuba menuruti cadangan Song Ji-hyo di mana mereka cuba menjalani misi ‘healing’ seperti Kim Jong-kook dan Yang Se-chan.

Pun begitu, terdapat respon pra-kontra diberikan oleh penonton mengenai episod kali ini. Katanya, pelan yang dirancang kelihatan terlalu ringkas dan sukar untuk menjadi sesuatu menghiburkan buat penonton.

song jihyo running man

Namun, ada juga mengatakan ahli lain seperti Yoo Jae-suk, Haha dan Ji Suk-jin terlalu ‘melawan’ apabila tema episod tidak mengikuti selera mereka. Komen penonton,

Saya tahu Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin ialah seorang yang baik.. tapi saya berharap agar mereka kurang mengadu apabila kandungan yang dijalankan tak disukai mereka.

Meskipun demikian, ada juga yang mengkritik pelakon wanita berkenaan kerana tidak ‘all out’ dan bersungguh-sungguh apabila merancang percutian itu.

Dia benar-benar tidur apabila orang lain menjalani misi.

song jihyo running man

Tak cukup dengan itu, terdapat juga penonton yang berasa kasihan apabila Song Ji-hyo dilihat mengeluh di penghujung episod. Katanya,

Minta maaf saya berkata begini, tapi kita perlu bercuti dengan orang yang sama pemikiran.

Hmmm… apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...