Utama Rancangan Hiburan Asyik Ikut & Puji Yoo Yeonseok Dalam ‘Running Man’, Penonton Minta Jeon...

Asyik Ikut & Puji Yoo Yeonseok Dalam ‘Running Man’, Penonton Minta Jeon Somin Berhenti Kejar Lelaki?

jeon somin yoo yeonseok

Bagi sesiapa yang mengenali, Jeon So-min merupakan seorang yang sangat mendambakan cinta dan sentiasa mempunyai ‘crush’ baru pada setiap episod “Running Man”.

Dalam episod terbaru program ini, pelakon wanita itu diihat asyik mengikuti Yoo Yeon-seok yang hadir sebagai tetamu untuk mempromosikan filem “The Pets”.

Semasa lelaki itu sedang mengisar biji kopi, Jeon So-min terus memandang sambil tersenyum dan bertanya apa yang Yoo Yeon-sok tak boleh lakukan. Usik Ji Suk-jin,

Cinta.. dia tak boleh bercinta.

jeon somin yoo jaesuk

Yoo Jae-suk yang perasan Jeon So-min tidak terlepas memandang Yoo Yeon-seok berkata,

Jeon So-min langsung tak tinggalkan Yoo Yeon-seok. Dia asyik datang ke sini dan kerap bertanya, ‘Apa je yang awak tak boleh buat?’

Dalam klip lain, dapat dilihat Jeon So-min memuji Yoo Yeon-seok pada pihak produksi dan mengatakan bahawa rambutnya yang kelihatan sedikit tak terurus pun nampak kacak.

jeon somin yoo yeonseok

Walau bagaimanapun, Yoo Yeon-seok tidak terkesan dengan usikan itu dan dilihat hanya memberikan fokus kepada kopi yang sedang dibancuhnya.

Antara komen yang ditinggalkan oleh penonton pada wanita itu,

Jeon So-min, tolong lah belajar sikit dan jaga imej sebagai pelakon. Jangan hanya sibuk dengan lelaki sahaja.

Walau bagaimanapun, rata-rata peminat yang sudah mengenali Jeon So-min mengetahui bahawa itu hanyalah persona yang dibawanya dalam rancangan hiburan. Malah mereka terhibur melihat wanita tersebut tersipu malu apabila berhadapan dengan lelaki kacak.

Relaks la kan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERNaver TV
Loading...