Ikuti Kami:

Asalnya Dirancang Istimewa, ‘2 Days 1 Night’ Pilih Sambut Episod Ke-100 Dengan Sederhana

Asalnya Dirancang Istimewa, ‘2 Days 1 Night’ Pilih Sambut Episod Ke-100 Dengan Sederhana

Hampir 2 tahun mengharungi pelbagai cabaran bersama, ahli “2 Days 1 Night” akhirnya sampai ke tayangan ke seratus untuk musim ke-4 ini.

Umum mengetahui bahawa salah seorang ahlinya, Kim Seon-ho telah mengundurkan diri beberapa hari lalu kerana terpalit kontroversi akibat pendedahan bekas kekasihnya. Khabarnya, pihak produksi program popular itu memilih untuk menyambut hari bermakna itu dengan biasa sahaja dan bukannya sambutan istimewa seperti yang dirancang sebelum ini.

kbs 2 days 1 night

“2 Days 1 Night” kini disahkan bakal diteruskan dengan 5 ahli sahaja iaitu Yeon Jung-hoon, Moon Se-yoon, Kim Jong-min, DinDin dan Ravi sahaja. Malah pihak produksi tiada perancangan untuk menjemput tetamu atau menambah ahli baru buat masa ini.

Harap pihak “2 Days 1 Night” tabah melaluinya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...