Utama K-Pop Artis K-Pop Pertama Jadi Bintang Utama, BLACKPINK Akan Tampil Di Coachella 2023

Artis K-Pop Pertama Jadi Bintang Utama, BLACKPINK Akan Tampil Di Coachella 2023

blackpink coachella

Nampaknya, BLACKPINK sekali lagi akan menggegarkan pentas muzik festival ‘Coachella’!

Pada 11 Januari, Coachella secara rasmi mengumumkan barisan artis yang akan tampil membuat persembahan di festival muzik tersebut dengan BLACKPINK, Bad Bunny dan Frank Ocean sebagai artis utama.

Dengan ini, BLACKPINK telah mencipta sejarah sebagai artis K-Pop pertama yang menjadi ‘headliner’ di Coachella.

https://twitter.com/coachella/status/1612903085625741312?s=46&t=0K8va5v9jTBlI9VVgNadvw

Selain itu, artis lain yang akan turut membuat persembahan di situ adalah Becky G, Jackson Wang, Charli XCX, DPR LIVE, DPR IAN dan ramai lagi.

Untuk pengetahuan, BLACKPINK akan tampil di pentas Coachella pada 15 dan 22 April ini.

Sama-sama kita nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERTwitter
Loading...