Artis K-Pop Mana Yang Bakal Berduet Dengan Sufian Suhaimi? Nantikan!

abpbh_kpop

Kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-32 kian terasa. Bakal membuka tirai secara langsung menerusi TV3 pada 22 September ini, rata-rata peminat pasti berdebar menantikan siapa yang bakal merangkul anugerah-anugerah yang dipertandingkan pada malam itu.

Sesuai dengan temanya pada tahun ini iaitu ‘Melangkaui Sempadan’, dua anugerah baru telah diperkenalkan iaitu ‘Artis Indonesia Popular’ dan ‘Artis Korea Popular’.

Persaingan sengit dapat disaksikan apabila ramai peminat K-pop bertungkus-lumus mengundi artis Korea kesayangan mereka.

Peringkat terakhir bagi undian ‘Artis Korea Popular’ ini merangkumi 5 artis yang mendapat undian tertinggi semasa undian peringkat pertama. Calon-calonnya untuk kategori ini ialah Blackpink, BTS, EXO, G-Dragon dan Got7.

abpbh

Terbaru, ABPBH 32 mengumumkan terdapat persembahan istimewa gabungan artis tempatan dan artis K-Pop pada malam anugerah itu nanti. Menurut sumber daripada Instagram, artis tempatan yang dimaksudkan ialah Sufian Suhaimi manakala identiti artis Korea itu masih dirahsiakan.

artis kpop

Ada juga netizen yang ‘speku’ mungkin artis K-pop itu ialah Jang Hanbyul yang kian meletup menerusi penyertaannya dalam rancangan Big Stage 2019.

Apa-apa pun nantikan sahaja persembahan misteri itu pada malam anugerah tersebut. Tak kiralah artis K-pop mana pun, sebab mereka pasti akan memberikan persembahan yang menarik!

Jangan lupa juga kepada BLINKS, ARMY, EXO-L, VIP, dan Ahgase supaya mengundi artis kesayangan anda. Tarikh akhir untuk mengundi adalah pada 15 September. Cepat cepat, nanti menyesal kalau tak undi!

Sumber: BHarian, Instagram

Leave a Reply