Ikuti Kami:

ARMY You Guys Ready?! Tiket ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) Mula Dijual Hari Ini

ARMY You Guys Ready?! Tiket ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) Mula Dijual Hari Ini

Siapa je yang tak kenal dengan BTS? Group idol lelaki Kpop paling popular di dunia. Korang tahu tak yang BTS akan mengadakan pameran di Malaysia?

Kalau korang perasan dekat socmed banyak iklan mengenai ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) di sekitar lembah Klang terpapar. Hmm, apa itu ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) sebenarnya? 

‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) merupakan pameran yang mempaparkan perjalanan dan pengalaman BTS sepanjang karier mereka. Pameran yang dianjurkan oleh THE FACT dan dipersembahkan oleh Seni Jaya ini memberi peluang kepada ARMY merasai dan melihat sendiri perjuangan BTS sebagai idola. 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kimchidaily (@kimchidaily_)

Untungnya ARMY Malaysia! Nak tahu kenapa?

Sebab ini kali pertama Malaysia dipilih sebagai lokasi bagi pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars). Chincha?! 

Untuk maklumat korang, Malaysia adalah negara pertama di dunia menjadi lokasi bagi pameran BTS ni. Proud to be Malaysian guys! 

Agak-agak korang, aktiviti apa yang ada dalam pameran ni? Jom, kami share dengan korang.

‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) : Hadiah Bermakna Buat ARMY

Pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) diinspirasikan dari ‘THE FACT BTS PHOTOBOOK SPECIAL EDITION”. Jadi pengunjung dapat melalui perjalanan BTS dari tahun 2020 hingga 2022. 

Terdapat 8 aktiviti yang menanti korang di sana, antaranya: 

  • VIRTUAL REALITY (VR)

Rasai pengalaman seperti berada di pentas dan menyaksikan persembahan dari BTS dengan suasana di konsert. Ini adalah peluang bagi ARMY untuk berinteraksi secara dekat dengan BTS.

  • 7 ROOMS

Meneroka dunia BTS dengan melalui 7 bilik yang melambangkan peribadi serta pengalaman setiap ahli BTS dalam dunia hiburan. 

  • ORBITAL TUNNEL 

Melalui laluan yang penuh dengan lampu dan muzik BTS sepanjang korang mengembara dunia BTS. 

 

  • BTS UNIVERSE

Nikmati pemandangan cahaya bintang dan apresiasi diri sebagai ARMY dengan gift box tree serta mesej peribadi dari BTS. 

  • ARMY WAY

Memasuki ruangan ajaib yang penuh dengan lirik, mesej dan gambar eksklusif BTS dari TMA khas buat tontonan ARMY. 

  • IMMERSIVE PROJECTION MAPPING

Alami dan rasai pengalaman persembahan BTS di pentas ikonik TMA dalam bentuk 360 darjah dengan kualiti bunyi di konsert. 

  • MERCHANDISE

Jadikan pengalaman hebat korang di pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) bermakna dengan memiliki limited edition merchandise khas buat ARMY.  

BTS, B★VERSE, Kpop

  • PHOTO ZONE

Abadikan detik gembira korang di pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) dengan bergambar di photo zone yang penuh dengan kenangan terindah BTS buat ARMY. 

Tiada Alasan Buat ARMY Untuk Tidak Hadir! 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kimchidaily (@kimchidaily_)

 Mesti korang tak sabar kan? Jangan risau, pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) akan diadakan bermula dari 1 Disember 2023 sehingga 10 Mac 2024. Jadi no more alasan tak sempat! 

Korang boleh dapatkan tiket bermula 11 Oktober 2023 di laman web Seni Jaya Corporation dan ticket2u. Pameran  ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil. 

Ini senarai harga tiket bagi pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) :

BTS, B★VERSE, Kpop

Selain itu, korang juga boleh memilih tarikh dan waktu melawat pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) dari pukul 10 pagi  hingga 10 malam. Jadi senanglah untuk korang plan berkumpul dengan kawan ARMY korang. Bestnya! 

Tiket yang dibeli secara atas talian boleh di redeem pada hari lawatan, 15 minit atau 1 jam awal sebelum waktu yang dipilih. Pameran ini dijangka mengambil masa sekitar 75 hingga 90 minit bagi satu sesi. 

BTS, B★VERSE, Kpop

Bukan tu je, dengan setiap pembelian tiket akan diberi hadiah percuma seperti Zip Lock Pouch, Battery Operated Army Star Badge dan juga BTS Member Photocard (random) dari pihak penganjur. Lawa tau guys! 

BTS, B★VERSE, Kpop

Chop! Jom jadi yang terawal memiliki tiket pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) ni. Nak tahu macam mana? 

Tak perlu fikir panjang, korang beli je tiket early bird:

[ISNIN – KHAMIS]

  • RM78 untuk Warganegara Malaysia
  • RM88 untuk bukan Warganegara

[JUMAAT – AHAD & CUTI UMUM]

  • RM88 untuk Warganegara Malaysia
  • RM98 untuk bukan Warganegara

Harga promosi ini hanya dibuka pada 11 Oktober 2023 sehingga tiket early bird habis dijual. Harga tiket akan kembali ke asal mengikut waktu yang dibeli oleh pengunjung.

Pengalaman Sekali Seumur Hidup!  

Panggilan buat ARMY Malaysia, pastikan korang dapat tiket dan rasai sendiri pengalaman mengujakan serta nikmati pengembaraan bersama BTS di pameran ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars).

Jadi tunggu apa lagi ARMY, pali-pali dapatkan tiket sekarang!

Korang hanya boleh dapatkan di laman web rasmi Seni Jaya Corporation dan ticket2u ataupun membeli dengan imbas QR di bawah. 

BTS, B★VERSE, Kpop

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial rasmi ‘B★VERSE’ (BTS, Singing The Stars) di Instagram, X dan TikTok

Maklumat tambahan:

  1. Pengunjung perlu menunjukkan e-tiket dan menebus pas masuk / gelang tangan serta mengambil hadiah percuma di tempat pameran sekurang-kurangnya 15 minit atau maksimum 1 jam sebelum slot masa yang ditempah.
  2. Untuk mengelakkan penyalahgunaan tiket oleh individu lain, anda diminta untuk tidak berkongsi sebarang salinan gambar e-tiket / Kod QR dengan sesiapa sahaja atau di media sosial.
  3. Pengembaraan mengasyikkan di pameran ini kan mengambil masa kira-kira 75 hingga 90 minit.
  4. Tiket Flexi hanya sah pada tarikh yang dipilih oleh pelawat dan tertakluk kepada ketersediaan slot masa yang paling awal, tanpa sebarang sekatan masa. Kemasukan terakhir ialah pada jam 8:40 PM.
  5. Kemasukan PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah mesti ditemani dan diawasi oleh orang dewasa pada setiap masa.
  6. Setiap tiket adalah sah untuk SATU (1) kali kemasukan sahaja dan hendaklah mengikut slot masa yang ditempah. Kemasukan semula adalah dilarang sama sekali.
  7. Untuk mengelakkan kekecewaan, barangan eksklusif boleh ditempah melalui pihak yang bertanggungjawab/laman web rasmi dengan bayaran deposit 50%. Barang  yang ditempah awal hanya boleh diambil pada hari lawatan anda selepas pembayaran baki dilakukan.
  8. TIADA pertukaran, bayaran balik, penggantian dan/atau lanjutan tiket/barangan dapat dilakukan dalam apa jua keadaan.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...