Ikuti Kami:

ARMY Kecewa BTS Tidak Tercalon Dalam GRAMMY 2020, Ada Yang Kata Kerana Diskriminasi?

ARMY Kecewa BTS Tidak Tercalon Dalam GRAMMY 2020, Ada Yang Kata Kerana Diskriminasi?

Siapa saja yang tak pernah dengar tentang GRAMMY yang merupakan satu majlis penganugerahan berprestij untuk menjulang semua karyawan seni di Amerika Syarikat. Sedangkan artis barat yang tercalon pun sudah cukup bangga, inikan pula sekiranya artis yang tidak membawa bahasa Inggeris sebagai fokus utama mereka mendapat pencalonan.

Inilah yang terjadi kepada kumpulan BTS daripada Korea Selatan yang digembar-gemburkan bakal menerima pencalonan untuk beberapa kategori pada GRAMMY tahun 2020. Populariti 7 anak muda ini yang melangkaui sempadan ternyata melayakkan mereka untuk dipertimbangkan sebagai calon.

bts

Sebelum ini, kumpulan BTS telah dimasukkan sebagai antara calon dalam tiga anugerah besar dalam GRAMMY 2020 iaitu “Lagu Tahunan”, “Rekod Tahunan” dan “Album Tahunan”. Selain itu, mereka turut menempah nama dalam pencalonan kategori “Persembahan Duo/Kumpulan Terbaik”, “Muzik Video Terbaik”, “Album Vokal Pop Terbaik” dan “Kompilasi Runut Bunyi Untuk Media Visual Terbaik”. Hebat betul!

bts grammy 2020

Baru sebentar tadi, satu sidang media bagi pencalonan akhir untuk kesemua kategori pada anugerah GRAMMY 2020 telah pun diumumkan. Kesemua ARMY (nama peminat BTS) telah menanti dengan rasa berdebar bagi mengetahui sama ada kumpulan kesayangan mereka itu ada tercalon untuk mana-mana kategori. Namun begitu, menghampakan apabila nama kumpulan K-Pop popular itu langsung tidak disebut untuk mana-mana kategori langsung.

Rata-rata ARMY melahirkan rasa kecewa dengan senarai pencalonan yang diumumkan itu. Bagi mereka BTS telah merekodkan penjualan album “Map of the Soul: PERSONA” yang membanggakan sehingga mampu meletakkan album itu di tangga pertama di seluruh dunia.

bts gagal tercalon dalam grammy

Ada juga yang menebak bahawa juri yang bertugas di sebalik memilih pencalonan untuk GRAMMY adalah bias dan mempunyai diskriminasi terhadap artis daripada negara luar. Tak kurang juga, ada yang menyatakan bahawa banyak nama besar yang layak dicalonkan untuk GRAMMY tetapi tidak mendapat pencalonan sebelum ini.

bts gagal tercalon dalam grammy

Pun begitu, segelintir ARMY tidak mengambil insiden ini sebagai kekalahan. Mereka berharap agar BTS bakal tercalon untuk anugerah GRAMMY yang seterusnya. Fighting!

Sumber: Netizenbuzz, Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...