Ikuti Kami:

ARMY Kecam Sebab Sebut 8 Orang Menyanyi Lagu BTS ‘Boy With Luv’, Alif Satar Perli Balik!

ARMY Kecam Sebab Sebut 8 Orang Menyanyi Lagu BTS ‘Boy With Luv’, Alif Satar Perli Balik!

Setelah berminggu-minggu membawa lagu bahasa Melayu dan Inggeris di pentas Big Stage 2019, Hanbyul akhirnya telah membuat persembahan lagu Korea iaitu bahasa ibundanya. Lelaki itu tampil berani dengan memilih lagu idola popular iaitu ‘Boy With Luv’ dendangan BTS dan Halsey. Walaupun cuba membawa lagu yang energetik, Hanbyul kelihatan tidak selesa sepanjang persembahan tersebut lantas dikritik oleh peminat tentang kemahirannya menyanyikan lagu Korea.

hanbyul boy with luv

Rata-rata peminat juga mengatakan bahawa tiada siapa yang mampu membawa lagu BTS melainkan BTS sendiri kerana vokal mereka yang unik dan lagu itu telah digarap mengikut warna kumpulan tersebut.

Rupanya bukan Hanbyul sahaja yang menerima kritikan ARMY, pengacara Big Stage 2019 iaitu Alif Satar juga turut terkena tempiasnya juga. Semasa memperkenalkan persembahan Hanbyul, hos itu telah menjelaskan yang lagu itu telah dinyanyikan oleh 8 orang. Tapi ada ARMY yang ‘menyerang’ Alif kerana BTS hanya terdiri daripada 7 orang ahli.

army kecam alif satar

Pun begitu, Alif telah memuat naik satu entri di Instagram yang seakan-akan memerli ARMY yang mengecamnya itu.

alif satar perli army bts

Jangan risau sebab ada juga ARMY dan peminat yang faham dengan penjelasan Alif mengenai 8 orang yang menyanyikan lagu ‘Boy with Luv’ itu. Maksudnya ahli BTS ada seramai 7 orang campur dengan Halsey seorang, jadinya 8 oranglah!

army kecam alif satar

Bila fikir-fikir balik, rupanya Alif Satar yang bijak. Lain kali janganlah terjah dahulu dan tunggu penjelasan yang lebih mendalam. Kalau tersilap pun nak buat macam mana, Alif Satar bukannya peminat BTS.

Sumber: Twitter, Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...