Ikuti Kami:

ARMY Bengang Nama BTS Dibuat Main Oleh Penyampai Anugerah Di ABPBH 32

ARMY Bengang Nama BTS Dibuat Main Oleh Penyampai Anugerah Di ABPBH 32

Seperti yang diketahui umum, semalam telah berlangsung acara gilang-gemilang iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-32. Bersiaran secara langsung daripada Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), memang ramai yang ternanti-nantikan acara berprestij ini.

Kalau anda nak tahu, tahun ini buat julung kalinya, dua anugerah untuk artis antarabangsa telah diperkenalkan iaitu ‘Artis Indonesia Popular’ dan ‘Artis Korea Popular’. Rata-rata peminat terutamanya peminat K-Pop bersungguh-sungguh mengundi bagi memastikan idola kegemaran mereka menang.

bts artis korea popular abpbh 32

Semasa acara ABPBH semalam, telah diumumkan bahawa kumpulan popular BTS telah meraih undian tertinggi untuk kategori ‘Artis Korea Popular’ lantas melayakkan mereka untuk merangkul trofi untuk anugerah itu. Walaupun BTS sendiri tidak menghadirkan diri untuk menerima anugerah itu, seorang ARMY telah dipanggil sebagai wakil.

Namun jadi tak seronok apabila Azar Azmi dan Azhan rani yang menyampaikan anugerah untuk kategori itu telah memberi komen yang tidak menghormati kumpulan itu.

“BTS tak dapat datang, yang datang Bandar Tasik Selatan”– Azar Azmi.

“BTS.. Behind the scene” -Azhan Rani.

Rata-rata ARMY bengang melihatkan kedua-dua penyampai itu yang tidak profesional kerana tanpa rasa bersalah membuat main nama kumpulan BTS. Selain itu, mereka turut menyelar rata-rata rakyat Malaysia mempunyai masalah xenophobia.

(*xenophobia- ketidaksukaan atau prejudis terhadap orang daripada negara lain)

bts artis korea popular abpbh 32

Ramai juga ARMY yang berharap agar kategori ini tidak akan dipertandingkan lagi pada ABPBH yang akan datang. Ternyata penganjur hanya menggunakan nama ‘K-Pop’ untuk mengaut hasil keuntungan kerana K-Pop mempunyai penyokong yang ramai di Malaysia, jadi senang untuk ambil kesempatan.

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...