Ikuti Kami:

“Apabila Dapat Atasi Penghalang Iaitu Sari Kata, Anda Akan Kenali Lebih Banyak Lagi Filem Hebat”- Pengarah ‘Parasite’

“Apabila Dapat Atasi Penghalang Iaitu Sari Kata, Anda Akan Kenali Lebih Banyak Lagi Filem Hebat”- Pengarah ‘Parasite’

Kehebatan filem “Parasite” sememangnya tidak dapat disangkal lagi! Mula mendapat tempat di hati penonton Korea tetapi kemudiannya ia menjadi fenomena di seluruh dunia kerana plotnya yang unik dan ‘pecah otak’. Seperti yang anda ketahui, filem garapan pengarah terkenal Bong Joonho ini sudah meraih pelbagai anugerah berprestij di pentas antarabangsa. Hebat betul!

Tetapi nampaknya misi buruan anugerah “Parasite” belum tamat lagi apabila naskhah ‘meletop’ ini baru sahaja diumumkan sebagai pemenang kepada kategori “Filem Bahasa Asing Terbaik” yang dipertandingkan di “2020 Golden Globe Awards”! Bukan sahaja Bong Joonho bahkan beberapa pelakon yang menambah perisa secukup rasa untuk filem ini turut hadir bagi menyaksikan momen bersejarah itu. Antara mereka ialah Jo Yeojung yang memainkan watak isteri naif, Song Kangho yang memainkan watak ayah kepada sebuah keluarga miskin dan amah misteri iaitu Lee Jungeun.

parasite menang golden globes 2020

Menggunakan khidmat penterjemah, pengarah yang dihormati itu memberikan ucapan kemenangannya. “Apabila anda mengatasi satu inci penghalang yang dipanggil sari kata, anda akan mengenali lebih banyak lagi filem hebat.” Tambahnya lagi, “Dapat tercalon dengan ramai pembuat filem bagus yang lain sudah membuatkan saya rasa berhormat.”

Bong Joonho menutup ucapannya dengan satu ayat yang bermakna, “Saya rasa kita hanya menggunakan satu bahasa: Panggung wayang.”

parasite menang golden globes 2020

Sebenarnya filem “Parasite” telah menerima beberapa pencalonan untuk “2020 Golden Globe Awards” namun hanya berjaya merangkul satu anugerah. Pun begitu, ia adalah satu perkara yang membanggakan bagi pembuat filem Korea yang lain kerana ini adalah kali pertama mereka menerima pencalonan di anugerah besar itu. Antara pencalonan mereka ialah “Pengarah Terbaik”, “Skrip Terbaik” dan “Filem Bahasa Asing Terbaik”.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Bong Joonho dan para pelakon filem “Parasite”, ternyata mereka layak untuk menerima segala penghargaan ini!

Sumber: Hollywood Reporter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...