Ikuti Kami:

Apa Cerita Trip Song Jihyo Ke Los Angeles Yang Dimenanginya Dalam ‘Running Man’ Hampir Setahun Lalu?

Apa Cerita Trip Song Jihyo Ke Los Angeles Yang Dimenanginya Dalam ‘Running Man’ Hampir Setahun Lalu?

“Running Man” sememangnya merupakan satu rancangan hiburan yang tidak goyah walaupun dengan lambakan program hiburan baru! Sungguh pun dah menginjak usia 10 tahun, rancangan ini tetap menjalankan tugasnya menghiburkan penonton tanpa gagal pada saban minggu.

Kalau anda peminat setia rancangan ini, pasti anda tahu bahawa mereka kadang-kadang menawarkan hadiah melancong ke luar negara kepada ahli “Running Man” sekiranya mereka berjaya menyelesaikan misi bagi sesuatu episod. Lokasi luar negara merupakan sesuatu perkara yang tidak asing lagi dengan program kelakar ini, mereka pernah ‘menceroboh’ dan ‘buat hal’ di Dubai, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Indonesia, Russia dan banyak lagi sebelum ini!

running man

Kalau anda ingat semasa episod 438, pihak produksi “Running Man” telah membahagikan ahli rancangan itu kepada dua kumpulan di mana ianya diketuai oleh Song Jihyo dan Kim Jongkook. Hadiah yang ditawarkan memang lumayan habis! Di mana siapa yang menang bakal mendapat tajaan penuh percutian ke Los Angeles dan boleh memilih seorang lagi ahli untuk turut serta bersamanya.

song jihyo los angeles

Sesuai dengan nama timangannya iaitu ‘Ace’, Song Jihyo telah berjaya memenangi misi tersebut selepas namanya dipilih ketika memutarkan ‘roulette’ pada akhir episod tersebut. Hebat!

song jihyo los angeles

Walaubagaimanapun, setelah setahun berlalu, masih tiada khabar berita langsung mengenai percutiannya itu. Ramai juga tertanya-tanya tentang kemenangan tersebut. Sama ada Song Jihyo sudah pergi ke belum atau pun kemenangannya itu belum dapat dilaksanakan atas alasan tertentu.

song jihyo los angeles

Ramai yang menebak bahawa pihak produksi “Running Man” mengalami kesukaran untuk menjadualkan kesemua staf dan ahli rancangan untuk ke Los Angeles dalam masa yang sama. Tak kurang juga kelecehan mengisi segala dokumen yang diperlukan bagi memastikan penggambaran di sana berjalan dengan lancar.

song jihyo los angeles

Tetapi ada yang ‘speku’ bahawa kemungkinan besar percutian tersebut tidak akan berlaku langsung kerana Haha dan Gary yang pernah memenangi percutian ke London, masih belum lagi direncanakan perjalanan mereka itu.

Ataupun, ada yang merasakan bahawa percutian tersebut berlaku secara diam di mana hanya Song Jihyo dan salah seorang ahli lagi sahaja yang pergi menikmati kemenangan itu. Tanpa ada sebarang penggambaran atau pasukan produksi yang mengikut mereka.

song jihyo los angeles

Apa-apa pun, mesti best kan kalau dapat lihat Song Jihyo pergi ke Los Angeles dan merayau-rayau di sana? Dahlah tak tahu lagi kisah ‘nakal’ yang berlaku pada malam Krismas di mana pelakon wanita berjanji akan mendedahkannya ketika percutian itu!

Sumber: Youtube, Reddit

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...