Utama Drama Korea Dedah Susah Bawa Antagonis Unik, Kim Yeojin Beri Klu Episod Akhir ‘Vincenzo’

Dedah Susah Bawa Antagonis Unik, Kim Yeojin Beri Klu Episod Akhir ‘Vincenzo’

kim yeojin vincenzo

Siapa yang layan “Vincenzo” mesti ‘panas’ tengok watak antagonis Choi Myung-hee kan? Dah lah sibuk ampu Jang Han-seok (Ok Taec-yeon), lepas itu asyik dengan tarian zumbanya. Geram betul!

Dalam sebuah temubual baru-baru ini, Kim Yeo-jin yang buat pertama kali membawa watak sedemikian dan ianya ternyata sukar buatnya. Bahkan pelakon wanita itu menyatakan bahawa ia adalah pertama kali watak penjahat digambarkan seperti itu.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod ke-19 kelmarin, tiada siapa menyangka bahawa Choi Myung-hee benar-benar setia dengan ketuanya, Jang Han-seok sehingga sanggup memasuki penjara bagi pihak lelaki tersebut. Semua ini kerana wanita itu tahu bahawa dia akan mendapat ganjaran yang lumayan iaitu kuasa dan pengaruh sekiranya pemilik Babel Group itu dapat menghapuskan Vincenzo (Song Joong-ki).

kim yeojin vincenzo

Rata-rata penonton memang dah tak sabar menantikan apakah nasib kesemua watak di dalam drama tersebut. Meskipun kesemuanya mendapatkan kemenangan dengan cara yang kejam dan jahat, namun penonton memilih pihak Vincenzo yang melawan kejahatan kerana lelah melihat si jahat menghentam yang lemah.

Apabila ditanya mengenai spoiler kepada episod terakhir yang bakal ke udara pada malam ini (2 Mei), ini respon Kim Yeo-jin.

Apa sahaja yang anda bayangkan, ianya berkemungkinan akan lebih besar daripada itu. Jangan terlepas menontonnya.

Bikin saspens sangat, jadinya jangan lupa buka Netflix tepat jam 10 malam ini tahu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...