‘Another Oh Haeyoung’ Sudah 4 Tahun Tamat, Eric Kembali Dalam ‘Eccentric! Chef Moon’ Namun Rating Bawah 1%

eccentric! chef moon

Penat asyik tengok drama Korea yang menyesakkan? Apa kata anda cuba untuk beralih kepada genre yang lebih ringan seperti komedi romantik, pasti anda akan berasa lebih tenang dan babak yang kelakar membolehkan tekanan daripada kerja seharian hilang begitu sahaja!

Channel A telah menyajikan drama baru dengan genre tersebut yang bertajuk “Eccentric! Chef Moon”. Ia membawa kisah seorang pereka fesyen yang terkenal di persada dunia iaitu Yoo Bella (Go Wonhee) yang kehilangan memorinya dan berubah personaliti kepada seorang yang sangat ‘bermasalah’ dan bertenaga di Kampung Seoha. Mula berkenalan dengan chef terkenal iaitu Moon Seungmo (Eric), cinta antara mereka kemudiannya mula berputik.

Tayangan awal “Eccentric! Chef Moon”

Untuk episod pertama, Yoo Bella telah kembali ke Korea untuk berbincang dengan Im Cheolyeong (Ahn Naesang) yang mengugut supaya berkolaborasi dengan syarikatnya. Pereka fesyen itu bagaimanapun menolak dengan dingin ‘tawaran’ itu dan mahu menguruskannya menerusi tindakan undang-undang. Anak kepada Cheolyeong iaitu Im Hyunah (Cha Jungwon) beria meminta wanita itu melihat dahulu segala rekaannya. Semasa berada di dalam kereta, Bella membongkarkan bahawa gadis itu secara terangan telah meniru rekaannya dan kerana gementar, Hyunah telah membawa kereta tersebut sehingga terbabas ke curam. Apabila muncul di hadapan Moon Seungmo, pereka fesyen itu nampaknya seperti sudah kehilangan ingatan.

eccentric! chef moon

Sambungan dalam episod kedua menunjukkan bahawa kedua wanita dan lelaki itu kini sudah pun tinggal bersama di bawah satu bumbung. Mereka yang sering bertelagah ini nyata memberikan hiburan kepada para penonton tambahan pula Seungmo bertindak sebagai pemilik rumah yang mengada manakala Bella pula merupakan seorang penyewa yang tegas.

eccentric! chef moon

Rating biasa

Mungkin kerana ditayangkan di saluran kabel, rating yang dicatatkan oleh drama ini agak rendah daripada saingannya dalam slot yang sama. Episod pertamanya hanya mampu meraih rating 0.86% manakala episod keduanya pula menunjukkan sedikit penurunan iaitu 0.72%.

Pun begitu, plotnya yang ringan berjaya membuatkan penonton tak berhenti tersenyum simpul sepanjang melihat telatah kelakar di antara Seungmo dan Bella. Lakonan baik yang ditunjukkan oleh kedua teraju utama ini juga layak menerima pujian ramai.

Saksikan “Eccentric! Chef Moon” pada setiap Jumaat dan Sabtu!

Sumber: AsianWiki

Leave a Reply