Ikuti Kami:

Anna Kongsi Kisah Comel & Penyayang Naeun Serta Gunhoo Dengan Adik Lelaki Baru ‘É’ Mereka!

Anna Kongsi Kisah Comel & Penyayang Naeun Serta Gunhoo Dengan Adik Lelaki Baru ‘É’ Mereka!

Rasanya semua peminat keluarga Naeun dan Gunhoo dalam “Superman Returns” mengetahui bahawa mereka baru sahaja mendapat ahli keluarga baru selepas Anna selamat melahirkan bayi lelaki hampir sebulan lepas. Berita gembira itu disambut baik oleh ramai peminat dan semuanya menebak bahawa anak bongsu tersebut semestinya comel seperti abang dan kakaknya.

adik baru naeun dan gunhoo

Meskipun Park Jooho dan Anna lebih senang menyembunyikan wajah cahaya mata barunya itu tetapi kesemua orang dah tak sabar nak lihat kemunculannya dalam rancangan “Superman Returns”. Pun begitu, semua kena bersabar lama kerana keluarga popular itu telah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada muncul dalam kaca televisyen bagi memberi ruang mereka menguruskan bayi baru itu, selain membiarkan Anna berehat buat sementara waktu.

Jangan risau kerana Anna sentiasa memuat naik perkembangan anak-anaknya menerusi laman Instagram bagi mengubat rindu peminat. Terbaru, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu telah membuka kisah penyayang Naeun terhadap adik barunya.

 

 

View this post on Instagram

 

13.01.2020 – the first meeting Let me tell you how this girl moves me to tears every time she naturally shows all this love and gentleness. When we opened the doors of our hospital room she came in without making any eye contact with us and just wanted to see the new family member “I washed my hands and used hand sanitizer! Where’s the baby?”. She sat at the end of the bed and waited to hold her new baby brother. Eden explained to us how she remembers holding Aciel and couldn’t stop quietly expressing her excitment, and how much she loves his little hands and fingers. She caressed his cheeks and patted his chest ever so gently. With the most delicate and sweet voice she repeated herself “I love you. Don’t worry, I will always protect you”. . #EdenPark #이든 #박나은 #나은이 #ateEden #AcielPark #아시엘 #박건후 #건후 #kuyaAciel #É

A post shared by Anna (@annanotpark) on

Menurut Anna, masuk sahaja dalam wad untuk bertemu dengan adik barunya itu, kanak-kanak itu langsung tak pandang orang lain dan matanya hanya tertumpu kepada bayi baru tersebut.

Saya dah basuh dan guna pembersih tangan! Mana bayi tersebut?

Naeun tak dapat menyorokkan rasa terujanya untuk memegang adik lelaki barunya itu dan meluahkan perasaan gembira apabila dapat melihat Gunhoo suatu ketika dahulu. Sambil memberitahu bahawa dia suka melihat kaki dan tangan adiknya yang kecil itu.

Dapat sahaja pegang adik lelakinya itu, dia mengusap lembut pipinya dan menepuk perlahan dadanya. Dengan suara perlahan dia berbisik kepada bayi kecil itu,

Saya sayang awak. Jangan risau kerana saya akan sentiasa lindungi awak.

Gunhoo juga tak terlepas untuk meluangkan masa dengan adik barunya yang digelar sebagai ‘É’ oleh Anna. Walaupun abang baru itu tidak tahu melakukan apa-apa pada mulanya tetapi dia sudah mula mempunyai momen ‘sweet’ dengan adiknya sejak beberapa hari ini. Gunhoo akan geletek perlahan perut adiknya itu, sama seperti yang sering dilakukan kepada Naeun. Dia juga sering cium dada É!

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...