Ikuti Kami:

“Anda Pasti Mencarut” – Barisan Pelakon Kongsi Kunci Utama Drama Curang ‘Show Window’

“Anda Pasti Mencarut” – Barisan Pelakon Kongsi Kunci Utama Drama Curang ‘Show Window’

Sudahkan anda sedia menanti tayangan drama “Show Window: The Queen’s House”?

Dinantikan ramai kerana line-up yang hebat, Lee Sung-jae, Jun So-min dan Chan-sung 2PM berkongsi sebab utama mengapa anda perlu menonton drama ini,

Komen Lee Sung-jae,

Watak dalam drama ini menyimpan kebenaran dan penipuan, termasuklah baik dan jahat. Menarik apabila melihat kesukaran mereka untuk mengekalkan tingkap kepada wilayah menawan di mana mereka terperangkap dan tidak mampu keluar daripadanya.

Lelaki itu juga meminta agar semua memberikan perhatian istimewa buat cerita wataknya,

Saya berharap agar anda seronok menyelesaikan persoalan sama ada Shin Myung-seob akan mampu membina sendiri wilayahnya.

show window

Jawab Jun So-min pula,

Adakah anda suka chess? Drama ini akan jadi menarik apabila anda memikirkan personaliti dan kecenderungan mereka seperti buah chess dan kaitan dengan setiap wataknya.

Seperti Han Sun-joo yang dianggap sebagai ‘permaisuri’, penonton akan dapat melihat bagaimana setiap watak mempunyai kaitan antara satu sama lain seperti papan chess.

Chan-sung juga turut berkongsi mengenai wataknya,

Terdapat banyak elemen yang menyeronokkan, jadi saya rasa anda akan gembira menjerit pada skrin semasa menontonnya. Sila nantikannya.

Untuk pengetahuan, “Show Window: The Queen’s House” ialah drama melodrama misteri mengenai seorang wanita yang menyokong seorang wanita lain tanpa mengetahui bahawa dia ialah perempuan simpanan suaminya. Ianya akan memulakan tayangan pada 29 November ini.

Jangan lupa menontonnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...