Ikuti Kami:

“Anda Kekuatan Terbesar” – Kim Seonho Terima Dua Trofi Anugerah Populariti ‘2021 Asia Artist Awards’

“Anda Kekuatan Terbesar” – Kim Seonho Terima Dua Trofi Anugerah Populariti ‘2021 Asia Artist Awards’

Pada minggu lalu, majlis ‘2021 Asia Artist Awards’ telah pun berlangsung di Seoul dan pelbagai artis telah menerima penghargaan buat projek mereka sepanjang tahun ini.

Pun begitu, Kim Seon-ho yang memenangi dua anugerah populariti iaitu ‘U+ Idol Live Popularity Award’ dan ‘RET Popularity Award’ atas undian peminat memilih untuk tidak menghadiri majlis berkenaan dan dilihat lebih senang menjauhkan diri daripada perhatian media selepas kontroversi yang melibatkan dirinya beberapa bulan lalu.

kim seonho

Terbaru, laman Instagram yang diuruskan agensi Kim Seon-ho iaitu ‘Kim Seon-ho Staff Diary’ dilihat memuat naik foto trofi untuk anugerah populariti itu selain mengucapkan terima kasih buat peminat.

Hati awak semua yang dihargai dapat dirasai menerusi trofi ini. Terima kasih kerana sering menjadi kekuatan terbesar Kim Seon-ho. Kami akan menjadi SALT Entertainment yang beekrja keras untuk membalas hati yang berharga ini.

Semoga Kim Seon-ho terus kuat dan muncul dengan segak di hadapan orang ramai suatu hari nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...