Ikuti Kami:

“Anak Perempuan Saya Pakai Baju Anak Yoo Jaesuk” – Haha

“Anak Perempuan Saya Pakai Baju Anak Yoo Jaesuk” – Haha

Sudah lebih 10 tahun bekerjasama, ahli “Running Man” memang tidak dinafikan mempunyai hubungan rapat bak keluarga sebenar.

Terbaru dalam siaran 8 Januari program “Running Man”, Haha dilihat sedang membuka foto anak bongsunya Song sambil berkata,

Dia telah banyak membesar.

Ji Suk-jin turut bersetuju dan memberi respon,

Saya mempunyai reaksi yang sama ketika itu. Saya tidak mahu anak saya membesar terlalu cepat.

Kemudian, Haha turut mendedahkan bahawa semua pakaian yang dipakai anak perempuannya adalah daripada anak Yoo Jae-suk iaitu Na-eun. Apabila mendengar nama anak perempuannya disebut, Yoo Jae-suk membalas,

Oh, pakaian Na-eun? Semua pakaian Na-eun ada dalam gambar tu.

haha yoo jaesuk

Jawab Haha kembali,

Anak perempuan saya memakainya dengan cantik.

Akhirnya, Yoo Jae-suk menjelaskan,

Kita sebenarnya boleh membenarkan kanak-kanak memakai pakaian seperti itu. Mereka tidak akan memakainya untuk masa yang lama kerana mereka membesar dengan cepat.

Alolo nanti dah besar mesti terus jadi best friend anak Haha dengan anak Yoo Jae-suk.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...