“Anak Orang Kaya Duduk Hotel & Ada Kes Bunuh” – Ramai Kata Plot ‘The Hotel’ Sama ‘The Penthouse’?

the hotel mirip the penthouse

Umum mengetahui bahawa K-Drama mempunyai peminat yang ramai di serata dunia. Meskipun berbeza bahasa namun ianya tidak menghalang daripada mengumpul ramai penonton antarabangsa kerana plotnya yang unik dan sukar didapati daripada naskhah tempatan.

Tak menghairankan pun sekiranya ada drama tempatan yang mengambil inspirasi daripada drama Korea bagi menghasilkan siri baru.

Terbaru, netizen di Twitter mula hangat memperkatakan bahawa drama “The Hotel” lakonan Mira Filzah dan MK K-Clique yang bakal ditayangkan pada 15 September dikatakan mirip drama “Hotel Del Luna”.

the hotel mirip the penthouse

Walaubagaimanapun, mempunyai plot yang berbeza, terdapat netizen yang mengatakan jalan cerita “The Hotel” lebih kurang mirip dengan siri popular “The Penthouse”.

the hotel mirip the penthouse

Menerusi sumber, sinopsis “The Hotel” ialah mengenai Raisa yang menjalani kehidupan mewah bersama ibunya, Maya. Namun gadis itu mengalami gangguan mental yang mana dia tidak dapat mengawal emosi dan tingkah lakunya. Lantas, dia bertindak mengikut kehendaknya sehingga sanggup membunuh.

Mungkin berita ini sampai ke pengetahuan Michael Ang, dia telah menafikan dakwaan tersebut selain menjelaskan ia adalah siri asal yang lain daripada yang lain berbanding drama sebelum ini.the hotel mirip the penthouseMungkin sekadar kebetulan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

3 KOMEN

Leave a Reply