Ikuti Kami:

Anak Mati Dihidupkan Semula, Jun Somin & Park Sunghoon Terajui Drama Sci-Fi Seram ‘Heesoo’

Anak Mati Dihidupkan Semula, Jun Somin & Park Sunghoon Terajui Drama Sci-Fi Seram ‘Heesoo’

Kembali bergandingan selepas 4 tahun, Jun So-min dan Park Sung-hoon disahkan bakal menerajui drama istimewa KBS iaitu “Hee Soo”.

Drama ini merupakan projek pertama stesen penyiaran tersebut untuk “2021 TV Cinema”. Meskipun digambarkan sebagai drama istimewa, “2021 TV Cinema” akan menjadi projek filem dengan 4 bahagian di mana ia merupakan format baru yang dicuba KBS.

“Hee Soo” merupakan projek seram sci-fi mengenai pasangan berkahwin yang hidup bersedih apabila anak mereka yang berusia 6 tahun terbunuh dalam satu kemalangan. Pada suatu hari, anak mereka kembali dihidupkan menerusi projek realiti virtual (VR).kbs heesooJun So-min dan Park Sung-hoon akan melakonkan watak Hwang Joo-eun dan Go Tae-hoon, ibu bapa kepada Hee Soo (Kim Yoon-seul). Kim Kang-hyun berlakon sebagai Lee Joon-beom, pengasas program VR tersebut manakala isterinya Kim Sang-mi, dilakonkan oleh Park Ha-na.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali kedua Park Sung-hoon dan Jun So-min bergandingan bersama selepas pernah berlakon bersama dalam drama istimewa KBS, “Review Note Of My Embarrassing Days”.

“Hee Soo” akan disiarkan sekitar Oktober di KBS, Namun, ianya akan memasuki laman penstriman seperti wavve dan Btv, dua minggu sebelum ditayangkan di televisyen.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...