Ikuti Kami:

“Anak Lelaki Yang Baik..” – Ibu Sakit Kini, Kim Jongkook Dedah Ingin Belajar Memasak

“Anak Lelaki Yang Baik..” – Ibu Sakit Kini, Kim Jongkook Dedah Ingin Belajar Memasak

Umum pasti mengetahui bahawa Kim Jong-kook mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya.

Terbaru dalam siaran 29 Januari program “My Little Old Boy”, Lee Sang-min, Kim Hee-chul dan DinDin sedang berada di rumah Kim Jong-kook. Ketika melihat Kim Jong-kook sedang memasak, Lee Sang-min berkata,

Anak lelaki yang baik. Jong-kook kata dia akan belajar memasak daripada saya kerana ibunya.

DinDin kemudiannya bertanya,

Mengapa awak tiba-tiba nak memasak untuk ibu awak?

Jawab Kim Jong-kook,

Ini malam tahun baru dan ibu saya tidak sihat. Dia sudah pergi ke hospital beberapa kali. Sekarang keadaan dia lebih baik, tetapi dia masih perlu pulih jadi, makanannya penting.

kim jongkook

Kemudian, Kim Hee-chul berkata,

Tapi, awak tak boleh memasak.

Respon Kim Jong-kook kembali,

Saya benar-benar pandai melakukan apa yang saya disuruh.

Sementara itu, ibu Kim Jong-kook telah berhenti sementara dari program “My Little Old Boy” pada April lalu kerana masalah kesihatan.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...