Ikuti Kami:

Ambil Kira Respons Penonton Secara Online, Senarai K-Drama Top Bagi Pertengahan Pertama 2020

Ambil Kira Respons Penonton Secara Online, Senarai K-Drama Top Bagi Pertengahan Pertama 2020

Bagi meraikan kepelbagaian program TV untuk tahun ini, Suruhanjaya Komunikasi Korea (KCC) telah mengumumkan keputusan survey secara atas talian mengenai respons pada kandungan televisyen yang ditayangkan pada pertengahan awal tahun 2020. Bahkan hasil keputusan ini hanya diperolehi selepas melakukan kajian yang teliti menerusi respons netizen berdasarkan jumlah artikel serta entri, komen dan tontonan video berkaitan.

Survey ini mencalonkan 74 tayangan drama di Korea setakat pertengahan tahun 2020 dan berikut adalah keputusan yang diumumkan:

1. Crash Landing on You (tvN)

crash landing on you

Drama lakonan Hyun-bin dan Son Ye-jin yang membawa kisah cinta terlarang di antara wanita kaya di Korea Selatan dan tentera Korea Utara ini menerima 12,000 entri, 75,000 jumlah komen, 12.8 juta tontonan dan meraih rating penonton sebanyak 10.8%.

2. The World Of The Married (JTBC)

junyoung the world of the married

Drama lakonan Kim Hee-ae dan Park Hae-jun mengenai perkahwinan yang hancur kerana kemunculan orang ketiga ini menerima 10,000 entri, 71,000 jumlah komen, 9.8 juta tontonan dan meraih rating penonton sebanyak 14.9%.

3. Itaewon Class (JTBC)

itaewon class

Drama yang diterajui Park Seo-joon dan Kim Da-mi tentang sekumpulan anak muda yang mencari kebebasan di lorong Itaewon ini pula menerima 7,000 entri, 40,000 jumlah komen, 5.1 juta tontonan dan meraih rating penonton sebanyak 10.3%.

Meskipun ketiga-tiga drama yang disenaraikan di atas ini menang daripada aspek respons atas talian, walaubagaimanapun terdapat tiga drama mingguan lain yang menerima rating penonton yang tinggi berbanding naskhah tersebut.

4. Beautiful Love, Wonderful Life (KBS)

beautiful love wonderful life

Drama kekeluargaan ini menerima 611 entri, 3,000 jumlah komen, 1 juta tontonan dan meraih rating penonton sebanyak 26.7%.

5. Once Again (KBS)

drama once again

Drama yang popular pada hujung minggu ini menerima 890 entri, 10,000 jumlah komen, 1.9 juta tontonan dan meraih rating penonton sebanyak 25%.

6. Unasked Family (KBS)

unasked family

Drama menekankan kepentingan keluarga ini menerima 373 entri, 1,000 jumlah komen, 457,000 tontonan dan meraih rating penonton sebanyak 23.1%.

Datang berpuluh drama sekalipun, tapi nampaknya agak sukar untuk melawan respon hebat yang diterima oleh kesemua naskhah yang tersenarai ini. Nantikan sekiranya ada drama baru pada pertengahan kedua 2020 yang mungkin akan menggamit perasaan penonton.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...