Ikuti Kami:

Ala ‘The Penthouse’, Drama Thriller Romantik ‘Desire’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

Ala ‘The Penthouse’, Drama Thriller Romantik ‘Desire’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

Nampaknya ada drama mengenai kepincangan dalam perkahwinan yang bakal menemui anda tak lama lagi.

“Desire” ialah sebuah kisah thriller romantik berkaitan hubungan rahsia di antara dua wanita dan dua lelaki. Malah ia digambarkan sebagai sama dengan siri popular “The Penthouse”.

Tidak didedahkan secara spesifik, watak yang dilakonkan oleh Lee Ji-hoon digambarkan sebagai seorang yang menggunakan muslihat untuk mencapai keadilan.

Han Chae-young akan membawa watak Han Chae-rin, CEO kepada sebuah syarikat produk kecantikan. Mempunyai kuasa dan kecantikan, dia akan melakukan apa sahaja untuk dapatkan lelaki yang disukainya.

ihq desire

Ji Yi-soo pula bakal menjayakan watak Park Da-som, seorang yang baru berkahwin tapi hidup dalam kemiskinan. Apabila anaknya menghidapi penyakit yang tiada ubatnya, dia menjadi obses untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut tanpa mengira asbabnya.

Untuk watak Hyun Seung-hoon, Goo Ja-sung bertanggungjawab menghidupkannya. Mendedikasikan hidupnya terhadap bola sepak, namun semuanya musnah apabila dia terpaksa berhenti kerana kecederaan serius. Kini, dia bekerja keras siang dan malam bagi memastikan keluarganya dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Kesemua watak ini mempunyai keinginan tersendiri dan sanggup melakukan apa sahaja untuk merealisasikannya, tak kisahlah disebabkan oleh cinta, anak, kejayaan dan balas dendam.

Drama ini khabarnya akan ditayangkan pada separuh kedua 2021. Sama-sama kita nantikannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...