Ikuti Kami:

Akui Pantas Selesaikan Misi Bersama Anak Kerana ‘Running Man’, Peminat Mahu Gary Kembali Ke Rancangan Itu

Akui Pantas Selesaikan Misi Bersama Anak Kerana ‘Running Man’, Peminat Mahu Gary Kembali Ke Rancangan Itu

Umum mengetahui bahawa Kang Gary sudah lebih 3 tahun mengundurkan diri daripada rancangan popular “Running Man” dek mahu fokus dengan bidang muzik. Pun begitu, lelaki itu kemudiannya membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dan turut dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Ha-oh.

Selepas lama menyepikan diri, penyanyi rap itu muncul kembali dalam dunia program hiburan apabila menyertai rancangan “Superman Returns” bersama anak lelakinya itu. Melihatkan telatah Gary yang kelakar itu ternyata membuatkan ramai peminat “Running Man” yang gembira kerana dapat melihatnya kembali.

gary dan haoh

Mungkin sebab dah 7 tahun bersama program hiburan yang popular di serata Asia itu, Gary sepertinya tidak boleh lari daripada bayangan “Running Man”. Baru-baru ini, lelaki itu telah bermain permainan dengan Ha-oh sambil diperhatikan oleh seorang pakar.

Melihatkan lelaki itu yang lebih fokus untuk menghabiskan segala misi dengan pantas tanpa menyelsaikannya secara seronok, pakar itu telah menegurnya. Mengakui kekhilafan dirinya itu, Gary mengatakan bahawa dia sudah terbiasa dengan kepantasan semasa menjalani sebarang misi dek pengalaman lama bersama “Running Man”.

Melihatkan pengakuan jujurnya itu, ramai peminat “Running Man” yang meluahkan rasa rindu untuk menyaksikan lelaki itu beraksi dengan ahli rancangan itu yang lain. Bahkan ada yang meminta Gary supaya kembali sebagai tetamu dalam rancangan itu dalam masa terdekat ini.

gary running man gary running man gary running man gary running man

Siapa sahaja tak rindu melihatkan Gary dalam “Running Man” kan? Best juga kalau dapat lihat mereka semua bergabung semula!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...