Ikuti Kami:

Akui Kesalahan Salah Guna Propofol, Ha Jungwoo Disaman RM106,000

Akui Kesalahan Salah Guna Propofol, Ha Jungwoo Disaman RM106,000

Selepas beberapa bulan perbicaraan, Mahkamah Daerah Seoul Tengah telah menjatuhkan hukuman buat Ha Jung-woo atas kesalahan penggunaan propofol secara haram.

Mahkamah meminta pelakon lelaki itu supaya membayar sebanyak 30 milion won (RM106,463) dengan caj tambahan sebanyak 88,794 won (RM315).

Bulan lalu, pihak pendakwaraya mencadangkan saman sebanyak 10 milion won (RM35,487) namun hakim menambahnya sebanyak 3 kali ganda. Katanya,

Dia melakukan jenayah sebagai seorang pelakon yang disukai ramai, jadi tanggungjawabnya terhadap kesalahan itu adalah lebih besar. Mengambil kira kekerapan, sukar untuk menyimpulkan bahawa dia bergantung kepadanya. Saya juga mengambil kira bahawa dia tidak mempunyai rekod jenayah.

Komen Ha Jung-woo kepada media,

Saya menerima keputusan tersebut dan ingin meminta maaf.

ha jungwoo propofol

Mengakui kesalahan itu, tambahnya lagi,

Saya menyesal dan sedang bermuhasabah diri dengan kelalaian saya, Saya menundukkan kepala dan memohon maaf kerana menyebabkan kerisauan dan kerosakan kepada rakan sekerja dan keluarga atas kesalahan ini.

Sebelum ini, Ha Jung-woo dituduh mendapatkan propofol sebanyak 19 kali daripada Januari hingga September 2019 di sebuah klinik pembedahan plastik di Seoul.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...