Ikuti Kami:

Akui Gementar, Jisoo BLACKPINK Akan Debut Solo Pada 31 Mac Ini Dengan Album ‘ME’

Akui Gementar, Jisoo BLACKPINK Akan Debut Solo Pada 31 Mac Ini Dengan Album ‘ME’

Siap sedia semua untuk saksikan Ji-soo BLACKPINK tampil sebagai penyanyi solo!

Terbaru, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa Ji-soo akan menjadi ahli BLACKPINK yang terakhir membuat debut solonya, iaitu pada 31 Mac ini.

Menerusi poster yang dilancarkan, idola wanita itu akan debut solo dengan album single pertamanya berjudul “ME”.

Meskipun belum ada maklumat lanjut seperti jumlah lagu yang bakal dikeluarkan namun, peminat tetap teruja untuk melihat konsep yang akan dibawa pelakon “Snowdrop” itu.

Dalam pada itu, sebelum ini, Ji-soo pernah berkongsi di laman Weverse bahawa dia amat bimbang untuk melakukan debut solonya,

Terima kasih kerana menunggu lama! Akhirnya ada tarikh keluaran! Saya mempunyai banyak ketakutan dan kebimbangan semasa membuat persediaan, tetapi terima kasih kepada BLINKS (nama kelab peminat), saya dapat mencuba pelbagai perkara yang saya ingin cuba semasa penyediaan album tersebut.

Nantikan album Ji-soo “ME” bakal dikeluarkan pada 31 Mac ini jam 12 tengahari!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...