Ikuti Kami:

“Aku Tak Sedia Lagi..” – Peminat Sebak Lihat Sedutan Episod Terakhir Lee Kwangsoo Dalam ‘Running Man’

“Aku Tak Sedia Lagi..” – Peminat Sebak Lihat Sedutan Episod Terakhir Lee Kwangsoo Dalam ‘Running Man’

Semakin hari, semakin kita menghampiri episod terakhir Lee Kwang-soo bersama “Running Man”.

Umum mengetahui bahawa pelakon tinggi lampai itu terpaksa membuat keputusan berat tersebut memandangkan dia memerlukan rawatan yang lebih rapi selepas terlibat dalam kemalangan pada tahun lalu yang menyebabkan pergelangan kakinya tercedera.

Sudah 11 tahun bersama, meskipun berat untuk melepaskan namun ahli “Running Man” termasuklah peminat setia rancangan itu memilih untuk menyokong keputusan Lee Kwang-soo dan mendoakan kesembuhannya.

Walaupun episod lalu mereka lebih banyak tertawa dengan mengusik Lee Kwang-soo dengan pengunduran dirinya itu. Namun semuanya nampak suram dalam sedutan episod akan datang yang merupakan tayangan terakhir lelaki itu bersama “Running Man”.

Di dalam sedutan itu, dapat dilihat, Lee Kwang-soo menahan air matanya sambil membaca sama ada surat yang ditulisnya untuk ahli lain ataupun surat daripada mereka buatnya. Malah Song Ji-hyo dan Yang Se-chan dilihat tunduk sayu apabila mendengar Lee Kwang-soo tersangkut-sangkut ucapannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat sepertinya masih tidak dapat menerima lelaki itu bakal meninggalkan “Running Man” yang sangat sinonim dengan dirinya.

lee kwangsoo keluar running man lee kwangsoo keluar running man lee kwangsoo keluar running man lee kwangsoo keluar running man lee kwangsoo keluar running man

Sedihnya… episod terakhir Lee Kwang-soo ini akan ke udara pada 13 Jun (Ahad) ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...