Utama Gossip Aktif Dalam Bidang Hartanah, Pasangan Rain & Kim Taehee Dianggar Miliki Harta...

Aktif Dalam Bidang Hartanah, Pasangan Rain & Kim Taehee Dianggar Miliki Harta Lebih RM293 Juta

pasangan rain dan kim taehee

Memang kaya betul Kim Tae-hee!

Terbaru, pelakon wanita itu dikatakan telah menjual bangunan komersial terletak di kejiranan Yeoksam-dong, Gangnam yang dibeli pada pada tahun lalu. Disebabkan penjualan itu, dia berjaya meraih untung kapital sebanyak 7.1 bilion won (RM26.08 juta).

Menurut laporan media, bangunan itu dibeli oleh Kim Tae-hee pada Jun 2014 dengan harga 13.2 bilion won (RM48.5 juta) dan kemudiannya dijual pada 25 Mac tahun ini dengan harga 20.3 bilion won (RM74.6 juta). Ianya merupakan lokasi yang strategik memandangkan terletak berdekatan dengan Stesen Gangnam.

pasangan rain dan kim taehee

Bukan sahaja Kim Tae-hee, malah suaminya, Rain juga sangat aktif dalam bidang hartanah. Khabarnya bangunan agensi milik Rain bernilai 30 bilion won (RM110.2 juta) dan pasangan ini dikatakan mempunyai anggaran harta sebanyak 80 bilion won (RM293.9 juta).

Wow! Power couple betul.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...