Ikuti Kami:

Akhirnya Tamat, Drama Thriller Kelakar ‘Psychopath Diary’ Terima Pujian Penonton!

Akhirnya Tamat, Drama Thriller Kelakar ‘Psychopath Diary’ Terima Pujian Penonton!

Sedar tak sedar, rupanya drama thriller komedi iaitu “Psychopath Diary” sudah pun menamatkan tayangannya pada 9 Januari lepas. Mesti ramai yang dah rindu tengok gelagat Yoon Shiyoon dengan Jung Insun kan dalam drama tersebut? Walaupun sedikit seram tetapi elemen kelakar yang diterapkan dalam naskhah itu berjaya membuatkan ramai penonton yang melekat depan televisyen sehingga ke episod akhir!

Sinopsis

Sebelum mendapat amnesia, Yook Dongshik (Yoon Shiyoon) adalah seorang yang sangat penakut sehinggakan dia tidak mampu untuk melindungi dirinya sendiri. Walaupun ketika dia dituduh melakukan kesalahan besar dalam laporan syarikat, dia hanya mendiamkan diri dan menerima sahaja dakwaan tersebut meskipun ia telah menggugat kariernya. Kerana terlalu marah, dia mengambil keputusan untuk membunuh diri tetapi telampau takut untuk mengambil nyawanya sendiri. Selepas itu, kehidupannya berubah kepada sesuatu yang tidak dijangka langsung.

yoon shiyoon

Dongshik mengalami amnesia selepas dia dilanggar oleh sebuah kereta peronda polis ketika sedang melarikan diri daripada tempat pembunuhan di mana dia tanpa sengaja telah menjadi saksi kejadian kejam tersebut. Kerana takut lelaki itu ingat kembali bahawa dia yang telah melanggarnya tanpa sengaja, pegawai polis Shim Bokyung (Jung Insun) telah membantunya kembali mengatur hidup lelaki itu seperti normal. Wanita itu turut memulangkan diari pembunuh tersebut kepada Dongshik kerana menyangka itu adalah miliknya. Kerana hilang ingatan, lelaki itu benar-benar menyangka bahawa dia adalah pembunuh itu berdasarkan isi kandungan diari yang diterimanya.

jung insun

Tamat dengan indah

Rata-rata penonton meremang bulu roma sebab melihatkan pembunuh bersiri iaitu Inwoo yang berterusan cuba memperdaya Dongshik sehingga ke akhirnya. Lelaki psiko itu cuba meletakkan kesalahan membunuh ke atas lelaki naif tersebut dan seterusnya menghantar dia meringkuk di dalam penjara walhal dialah pembunuh sebenar. Walaubagaimanapun, Dongshik tak mengaku kalah dan berjaya menumpaskan Inwoo dengan kebijaksanaannya lantas membuatkan penonton bersorak gembira dengan kemenangannnya itu. Seronok apabila melihat Dongshik dan Bokyung kini hidup bahagia dan mengikut jalan pilihan hati masing-masing selepas Inwoo dipenjarakan.

park junghoon

Hebat betul Yoon Shiyoon, Jung Insun dan Park Sunghoon kerana telah menggoda hati penonton dengan lakonan menjadi mereka!

Sumber: Dramabeans

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...