Ikuti Kami:

Akhirnya! Netflix Kongsi Tarikh Tayangan Rasmi Musim Kedua ‘Love Alarm’

Akhirnya! Netflix Kongsi Tarikh Tayangan Rasmi Musim Kedua ‘Love Alarm’

Setelah sekian lama dia tanpa khabar berita, akhirnya Netflix telah mengumumkan tarikh tayangan untuk musim kedua “Love Alarm”.

Berdasarkan webtoon popular, “Love Alarm” ialah sebuah drama romantik yang berlaku di dunia alternatif di mana individu mencari cinta menerusi aplikasi yang memberitahu pengguna sekiranya sesiapa dalam radius 10 meter mempunyai perasaan kepada mereka.

Musim pertama membawa kisah Kim Jo-jo (Kim So-hyun), Hwang Sun-oh (Song Kang) dan Lee Hye-yeong (Jung Ga-ram) yang menjalani kehidupan di mana semua orang meluahkan cinta mereka menerusi aplikasi telefon.

netflix love alarm 2

Baru-baru ini, Netflix Korea telah mengesahkan tarikh tayangan musim keduanya. Buat yang dah tak sabar menanti, musim kedua drama bersiri popular ini akan menemui semua pada 12 Mac nanti.

Jadi, jangan lupa tanda dalam kalendar anda tahu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...