Ikuti Kami:

Akhirnya! Lee Hyunwoo Sudah ‘Bebas’ Daripada Latihan Khidmat Ketenteraan

Akhirnya! Lee Hyunwoo Sudah ‘Bebas’ Daripada Latihan Khidmat Ketenteraan

Kenal tak dengan pelakon lelaki iaitu Lee Hyunwoo? Walaupun nampak comel, tapi sebenarnya dia sudah menginjak usia 26 tahun! Kalau anda peminat drama Korea mesti anda pernah melihat lakonannya dalam naskhah popular seperti “God of Study”, “Moorim School”,”The Liar and His Lover” dan banyak lagi.

Walaupun aktif berlakon tetapi dia membuat keputusan untuk menjalani latihan khidmat ketenteraan yang wajib bagi lelaki Korea. Selepas 20 bulan berkhidmat, akhirnya dia kini sudah ‘dibebaskan’ dan telah menyapa peminat yang merinduinya menerusi laman Instagramnya.

“Terima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh orang ramai, saya telah berjaya melengkapkan latihan khidmat ketenteraan saya. Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat yang keluar awal pagi dan berjalan jauh bagi menyambut kepulangan saya. Semasa berkhidmat dalam bahagian pertama, saya dapat melihat dan mempelajari banyak perkara yang saya tidak jumpa semasa aktif sebagai pelakon. Mulai sekarang, saya akan berusaha keras untuk menunjukkan sisi saya yang lebih baik. Saya sayang anda.”

lee hyunwoo tamat latihan ketenteraan

Walaupun baru sahaja tamat latihan khidmat ketenteraan itu, Lee Hyunwoo akan kembali ke layar perak semula menerusi filem muzikal iaitu “Hero”. Filem ini mengisahkan tentang Ahn Joonggeun iaitu seorang aktivis semasa kemerdekaan Korea yang melawan imperialis Jepun pada awal 1900-an.

Peminat Lee Hyunwoo pasti tidak sabar mahu melihatnya kembali berlakon setelah sekian lama tiada naskhah baru daripadanya. Apa-apa pun tahniah kepada pelakon itu yang berjaya menamatkan latihan ketenteraan dengan jayanya!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...