Ikuti Kami:

Akhirnya! Haha & Byul Dedah Wajah Ketiga-Tiga Anak Mereka

Akhirnya! Haha & Byul Dedah Wajah Ketiga-Tiga Anak Mereka

Memang perkara biasalah apabila bintang Korea rata-ratanya lebih selesa menyorokkan perihal peribadi mereka daripada orang ramai. Sampaikan kadang-kadang tiada siapa tahu rupa anak-anak mereka sehinggalah mereka sudah besar. Mungkin mahukan privasi dan ketenangan apabila berada di khalayak umum.

Semuanya pasti tahu bahawa ahli “Running Man” iaitu Haha telah pun mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dengan seorang penyanyi solo iaitu Byul. Rumah tangga mereka diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata sulung yang dinamakan sebagai Dream pada tahun berikutnya. Selepas itu, mereka mengalu-alukan pula kelahiran seorang lagi anak lelaki iaitu Sowool pada tahun 2017. Terbaru, pasangan ini telah melahirkan seorang pula bayi perempuan dinamakan sebagai Song Yi. Dah 3 orang, memang semakin meriah keluarga Haha dan Byul!

haha dan byul

Selepas mendedahkan wajah anak sulung mereka iaitu Dream menerusi salah satu vlog Youtube, pasangan selebriti itu kini nampaknya tidak kisah untuk menayangkan anak-anak mereka yang lain. Kalau anda perasan, Byul ada memuat naik wajah penuh anak keduanya iaitu Soul ketika mereka sekeluarga menghadiri pementasan yang disertai oleh Dream di sekolahnya.

anak haha dan byul

Dalam salah satu vlog itu juga, penyanyi wanita tersebut ada merakamkan saat dia membawa anak bongsunya membeli-belah di supermarket. Ternyata, anak perempuan Haha dan Byul itu kelihatan comel dengan pipi labuhnya!

anak haha dan byul

Terbaru, Haha telah memuat naik gambar penuh anak bongsunya iaitu Song Yi di laman Instagramnya kelmarin. Kapsyen yang ditulis penyanyi lelaki itu adalah sangat comel dan terserlah sayang bapa kepada anaknya.

anak perempuan haha dan byul

Saya sayang awak pada setiap jam. Saya cintakan awak.. Saya akan lebih berusaha!

Alahai meriahnya keluarga besar Haha dan Byul ini! Teringat pula kisah Dream yang dah semakin pandai daripada ayahnya.

Sumber: Youtube, Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...