Utama Drama Korea Akhirnya! ‘Doctor Prisoner’ & ‘Signal’ Disahkan Bakal Tayang Musim Kedua Tak Lama...

Akhirnya! ‘Doctor Prisoner’ & ‘Signal’ Disahkan Bakal Tayang Musim Kedua Tak Lama Lagi

signal dan doctor prisoner musim kedua

Umum mengetahui bahawa banyak betul drama Korea yang tersangatlah best sampaikan tak cukup semusim sahaja. Mungkin juga kerana plotnya yang padat selain teraju utama yang membarisi naskhah tersebut hebat dalam menjiwai watak mereka. Sebab itulah ada beberapa drama yang menerima ‘demand’ tinggi daripada penonton untuk melihat sambungannya lagi.

Berita gembira untuk peminat “Doctor Prisoner” kerana dengar cerita, drama yang dikemudi oleh Namgoong Min itu sudah pun memulakan perancangan untuk musim keduanya. Kisah doktor dalam institusi penjara tersebut nyata membuatkan ramai orang yang jatuh cinta dengan drama tersebut sehingga rating tertingginya mencapai sehingga 15.8%.

doctor prisoner musim kedua

Sejak musim pertama tamat, terdapat ramai yang bersuara dan meminta musim baru. Persediaan asas untuk musim kedua sudah pun siap dan kami kini sedang menyusun atur jadual produksi untuk musim terbaru ini.

Lagi menyeronokkan sebab dikhabarkan bahawa drama jenayah popular iaitu “Signal” juga kini telah mendapat respons positif daripada penulisnya iaitu Kim Eun-hee. Dalam satu temu ramah untuk drama “Kingdom”, penulis tersebut mendedahkan bahawa produksi drama jenayah dalam dua masa yang berbeza itu dijangka akan memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun ini.

signal musim kedua

Tak sabarnya!

SUMBERCulture Daily
Loading...