Ikuti Kami:

Akan Derma Semua Hasil, Jisoo BP Buka Saluran YouTube Peribadi Sempena Hari Jadinya

Akan Derma Semua Hasil, Jisoo BP Buka Saluran YouTube Peribadi Sempena Hari Jadinya

Selamat hari jadi Ji-soo BLACKPINK!

Pada 3 Januari hari ini, Ji-soo BLACKPINK telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27.

Ingin membalas kasih sayang dan sokongan dari peminat, idola itu telah membuka saluran YouTube peribadi yang diberi nama ‘Indeks kebahagiaan 103%’.

Video pertama yang dimuat naik Ji-soo ialah vlog dari perhentian konsert jelajah BLACKPINK baru-baru ini iaitu di London, di mana dia membawa peminat bersiar-siar di bandar, sambil menunjukkan aktiviti yang dia lakukan seperti bersenam, makan dan lain-lain.

Selain itu, di hujung video turut dinyatakan bahawa semua hasil yang diterima dari saluran YouTube Ji-soo ini, akan didermakan kepada mereka yang memerlukan dengan mesej yang ditulis,

Kami berharap indeks kebahagiaan semua orang akan meningkat lebih tinggi.

Dah la cantik, baik pula tu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...