Ikuti Kami:

Ahn Jaehyun Dilaporkan Sering Mengasingkan Diri Ketika Di Set Penggambaran ‘People With Flaws’

Ahn Jaehyun Dilaporkan Sering Mengasingkan Diri Ketika Di Set Penggambaran ‘People With Flaws’

Seperti semua ketahui, pasangan Ahn Jaehyun dan Gu Hyesun yang suatu ketika dahulu pernah dipanggil sebagai ‘pasangan paling sweet di Korea’ kini sedang berada dalam kemelut rumah tangga. Siapa sangka pasangan ini yang mendapat restu ramai peminat kini sedang bergaduh.

Ramai yang pening kepala apabila melihat Gu Hyesun seperti menyalahkan suaminya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak. Dia banyak mendedahkan pekung antara mereka berdua sehingga menyebabkan ramai yang mula membenci Ahn Jaehyun. Walaubagaimanapun, apabila dia sering menceritakan hal buruk mengenai rumah tangganya, ramai yang mula rimas dan menyalahkan wanita itu pula.

Perbalahan pasangan ini yang sering mendapat perhatian media dan orang ramai telah menjejaskan emosi Ahn Jaehyun sendiri. Menurut laporan rancangan ‘Section TV’, lelaki itu kelihatan banyak menghabiskan masa seorang diri apabila berada di set penggambaran drama terbarunya iaitu ‘People With Flaws’.

ahn jaehyun berseorangan di set penggambaran

Hal ini mungkin disebabkan oleh tuduhan tidak berasas Gu Hyesun mengenai suaminya itu mempunyai hubungan sulit dengan pelakon wanita dalam drama itu. Oh Yeonseo yang merupakan gandingan Ahn Jaehyun dalam drama itu turut mengeluarkan kenyataan bahawa tuduhan itu bukan mengenainya dan akan saman malu jika ia menjejaskan namanya.

Selain itu, Ahn Jaehyun juga telah meninggalkan rancangan hiburan ‘New Journey To The West’ kerana tidak mahu mengganggu kesemua ahli dan kakitangan rancangan itu kerana masalah rumah tangganya yang kian teruk.

ahn jaehyun murung

Netizen yang mendengar mengenai berita ini rata-ratanya kasihankan dengan Ahn Jaehyun kerana kemelut ini nampaknya seperti memberi impak yang buruk kepada dirinya seorang walhal Gu Hyseun kelihatan bahagia. Siap boleh keluarkan buku dan lagu baru lagi walaupun sedang berada dalam kontroversi.

“Risaunya jika kemurungannya semakin teruk. Saya berharap agar orang di sekelilingnya akan menjaganya dengan lebih baik.”

“Kalau dia tidak bodoh, dia pasti tak akan ada interaksi dengan mana-mana perempuan selepas ini.”

“Meremang. Macam mana Gu Hyesun boleh berlagak seperti tiada apa-apa selepas melakukan ini kepada dia.”

Harapnya Ahn Jaehyun tabah menghadapi segala tekanan dan berjaya menghabiskan rakaman drama ‘People With Flaws’ dengan jayanya. Bertabah!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...