Ikuti Kami:

Ahli Ajaran Shicheonji Punca COVID-19 Meliar Di Korea, Lee Dongwook Dituduh Sebagai Pengikut?

Ahli Ajaran Shicheonji Punca COVID-19 Meliar Di Korea, Lee Dongwook Dituduh Sebagai Pengikut?

Kalau anda mengikuti perkembangan kes COVID-19 di Korea, anda pasti tahu jumlah kes kian meningkat kerana seorang mak cik tua yang merupakan pengikut kumpulan agama Shicheonji telah menjadi ‘super spreader’ dan menyebarkan virus itu ke ramai orang di Daegu. Bukan itu sahaja, beberapa pengikut lain juga dengan sengaja pergi ke upacara keagamaan lain bagi menjangkiti orang tidak bersalah selain ada yang menolak pemeriksaan kerana percaya Tuhan boleh menyembuhkan mereka.

Rata-rata rakyat Korea memang marah dengan penganut agama ini yang pentingkan diri dan menjadi punca kepada penyebaran COVID-19 secara berleluasa di sana. Sampaikan ketua agama tersebut iaitu Lee Manhee telah melakukan sidang akhbar dan melutut memohon maaf atas kesalahan para pengikut Shicheonji tersebut.

shicheonji di korea

Tak cukup dengan itu, ada pula khabar angin yang tersebar mengatakan bahawa terdapat beberapa selebriti yang terlibat dengan agama ini dan beberapa nama telah disebut dalam satu untaian mesej yang dihantar kepada ramai orang. Antara nama yang disebut-sebut ialah pelakon popular Lee Dongwook.

Disebabkan oleh gosip mengarut ini, agensi naungan Lee Dongwook iaitu King Kong by Starship telah mengeluarkan amaran keras bagi membendung khabar angin mengenai kepercayaan agamanya.

Baru-baru ini, kami telah mendapat tahu ada khabar angin palsu yang disebarkan mengenai artis kami yang terlibat dengan satu agama istimewa.

Berkaitan dengan hal ini, kami merancang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada permulaan gosip tidak berasas ini, fitnah bertujuan jahat dan komen yang merosakkan karakter artis naungan kami. Kami juga akan mengeluarkan saman terhadap sesiapa yang menyebarkan khabar angin ini dan membinasakan karakter dan nama baik artis kami.

Agensi kami akan terus memerhatikan situasi ini supaya ia tidak menjadi lebih teruk. Kami akan berusaha keras untuk melindungi artis kami dengan mengambil tindakan undang-undang tanpa sebarang kompromi.

Terima kasih kerana sering menyayangi dan menyokong artis di bawah agensi kami.

Bukan sahaja Lee Dongwook, malahan artis lain seperti Ivy dan Tei juga telah meluahkan secara peribadi menerusi laman Instagram mereka mengenai tuduhan merepek ini. Kedua penyanyi tersebut menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai talian langsung dengan Shicheonji dan meminta semua berhenti menyebar fitnah.
ivy dan tei dituduh pengikut shiceheonji
Kesian kesemua selebriti ini, tak pasal-pasal kena tuduh walhal ada yang cuba fitnah dan burukkan nama mereka.
Sumber: News1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...