Ikuti Kami:

Agensi Umum Ong Seongwu Bakal Sertai Latihan Kententeraan Pada April Ini

Agensi Umum Ong Seongwu Bakal Sertai Latihan Kententeraan Pada April Ini

Seorang lagi bintang terkenal bakal menyertai latihan kententeraan.

Terkini, agensi Fantagio telah mengumumkan bahawa pelakon dan bintang idola K-Pop iaitu Ong Seong-wu akan menyertai latihan asas kententeraan pada 17 April nanti.

Jelas pihak agensi,

Majlis kemasukan pusat latihan rekrut adalah tertutup dan kami tidak akan mengadakan acara rasmi untuk pelakon itu. Jadi, kami meminta semua peminat faham tentang situasi ini.

ong seongwu

Selain itu, agensi meminta agar peminat terus memberi sokongan buat Ong Seong-wu,

Kami meminta sokongan untuk Ong Seong-wu yang akan menunaikan tugas kententeraannya dengan setia dan kembali dalam keadaan sihat.

Dalam pada itu, Ong Seong-wu bakal sertai sebuah drama berjudul “Strong Girl Nam-soon” tidak lama lagi.

Semoga maju jaya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...