Nampaknya, kita akan merindui lakonan Nam Joo-hyuk nanti.
Terkini, seorang pegawai dari SOOP Management melaporkan bahawa Nam Joo-hyuk telah lulus ujian saringan ketenteraan dan dijadualkan untuk mendaftar pada 20 Mac nanti.
Selepas menerima latihan asas ketenteraan, dia akan dipindahkan ke pangkalan dan meneruskan perkhidmatannya sebagai seorang tentera.
Selain itu, pelakon ini telah selesai menjalani penggambaran drama “Vigilante” yang bakal ditayangkan di Disney+ tidak lama lagi.
Selamat menjalani khidmat ketenteraan Nam Joo-hyuk!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉