Ikuti Kami:

Agensi Sahkan Na Inwoo Secara Rasmi Dikecualikan Dari Perkhidmatan Tentera

Agensi Sahkan Na Inwoo Secara Rasmi Dikecualikan Dari Perkhidmatan Tentera

Terbaru menurut laporan, Na In-woo dikatakan telah menerima pengecualian dari perkhidmatan tentera, selepas menghabiskan masa selama tiga tahun menunggu panggilan sebagai pekerja perkhidmatan awam.

Berikutan klasifikasi Gred 4 (tugas tidak aktif) semasa peperiksaan fizikal tentera, Na In-woo telah dijadualkan untuk menjalankan perkhidmatan alternatif.

Namun, dia tidak menerima sebarang arahan daripada Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera dalam tempoh masa yang ditetapkan, menjadikannya layak untuk menerima pengecualian.

na inwoo

Untuk pengetahuan, individu yang diklasifikasikan sebagai Gred 4 yang tidak dipanggil dalam tempoh tiga tahun, diberikan pengecualian masa aman.

Mengenai laporan ini, agensi pelakon itu mengesahkan,

Memang benar Na In-woo telah dikecualikan daripada perkhidmatan tentera oleh Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera. Memandangkan ia berdasarkan keputusan Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera, kami tidak mempunyai sebarang ulasan lanjut untuk dibuat.

Sementara itu, Na In-woo akan kembali dengan drama baru iaitu “Motel California”, akan mula ditayangkan pada 10 Januari nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News 1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...