Ikuti Kami:

Agensi Respon Song Joongki Bakal Jadi Ayah Pada Ogos Ini

Agensi Respon Song Joongki Bakal Jadi Ayah Pada Ogos Ini

Sejak semalam, semua masih lagi bersembang mengenai perkahwinan mengejut antara Song Joong-ki dan kekasihnya, Katy Louis Saunders.

Tambahan pula, ramai menebak wanita berasal dari United Kingdom itu akan melahirkan anak mereka pada Ogos ini menjadikan usia kandungannya mencecah 3 bulan kini.

Berdasarkan khabar angin ini, respon agensi Song Joong-ki,

Kami tak boleh mengesahkan hal ini. Sukar untuk mengatakan apa-apa kerana ia adalah hal peribadi artis.

song joongki katy louis saunders

Mengenai majlis yang dikatakan akan berlangsung pada Mac nanti, jawab mereka,

Perkahwinan mereka sedang dirancang namun ianya tidak akan berlangsung pada Mac. Tiada apa yang ditetapkan lagi.

Khabarnya, pelakon itu dan Katy sudah tinggal di Itaewon, Seoul dan keduanya akan berulang alik dari Korea ke United Kingdom selepas berkahwin.

Kita harap yang terbaik buat mereka.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...