Ikuti Kami:

AESPA Jadi Artis Kpop Perempuan Pertama Buat Persembahan di ‘Macy’s Thanksgiving Day Parade’

AESPA Jadi Artis Kpop Perempuan Pertama Buat Persembahan di ‘Macy’s Thanksgiving Day Parade’

AESPA telah mencipta satu lagi sejarah, sebagai kumpulan gadis K-Pop pertama yang membuat persembahan di ‘Macy’s Thanksgiving Day Parade’ di New York.

‘Macy’s Thanksgiving Day Parade’ berlangsung pada 25 November di jalan Manhattan di New York City. Ia bermula di kawasan berhampiran Central Park dan berakhir di hadapan Macy’s Herald Square, kedai utama Macy’s dan juga ibu pejabat syarikat.

Pada 25 November, AESPA telah membuat persembahan di atas apungan, meraikan wanita dalam STEM semasa sambutan ‘Macy’s Thanksgiving Day Parade’ yang ke-95.

Dengan ini, AESPA menjadi kumpulan gadis K-pop pertama yang membuat persembahan di acara itu. Selain itu, ini juga menandakan jadual pertama kumpulan itu di luar negara sejak debut. Tonton persembahan AESPA di bawah!

Tahniah AESPA!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...