Ikuti Kami:

Aespa Comeback Dengan Lagu Baru ‘Savage’, Raih 17 Juta Tontonan Kurang Dari 24 Jam

Aespa Comeback Dengan Lagu Baru ‘Savage’, Raih 17 Juta Tontonan Kurang Dari 24 Jam

Setelah hampir 5 bulan kumpulan Aespa berdiam diri, dengan lagu terakhirnya “Next Level” yang telah berjaya menarik hati ramai peminat, Aespa kini kembali dengan lagu terbaru “Savage” dan juga mengeluarkan album mini mereka yang pertama.

Album mini pertama Aespa ini telah melepasi 400,000 ribu jualan dan dijangka mencatat penjualan kedua tertinggi oleh kumpulan K-Pop perempuan. Aespa terus membuktikan kekuatan mereka yang tidak dapat ditandingi sebagai kumpulan ‘rookie’.

aespa

Sejurus kejayaan Aespa dengan lagu mereka “Next Level” dalam kedudukan carta muzik, “Savage” juga telah berjaya memecahkan rekod di pelbagai muzik platform, sebelum ianya dikeluarkan lagi.

Muzik video bagi lagu terbaru mereka telah dikeluarkan pada jam 5 petang semalam, dan kini telah meraih lebih 17 juta tontonan, dalam masa kurang dari 24 jam!

Tahniah Aespa! “Savage” memang best!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...