Ikuti Kami:

Adik Perempuan Raih Ijazah Kedoktoran, Penampilan Song Joongki Jadi Perhatian

Adik Perempuan Raih Ijazah Kedoktoran, Penampilan Song Joongki Jadi Perhatian

Bukan sahaja merupakan pelakon yang berjaya tapi Song Joong-ki juga merupakan abang yang sentiasa berada di belakang kejayaan adik-beradiknya.

Terbaru, lelaki itu dilihat menyambut adik perempuannya, Song Seul-gi yang bergraduasi dalam bidang kedoktoran di Universiti Kebangsaan Seoul.

Entri itu telah dimuat naik oleh abang mereka iaitu Song Seung-gi menerusi laman Instagram. Tulisnya,

Si bongsu, yang kecil sahaja dahulu sudah menjadi doktor dalam rumah ini. Sangat membanggakan.

song joongki song seulgi

Apa yang menarik perhatian ramai ialah Song Joong-ki dilihat tampil selesa dengan berpakaian serba hitam bersama topi dan memaut mesra adik perempuannya itu.

Dalam pada itu, peminat sempat mengimbas kembali memori antara Song Seul-gi dan Song Joong-ki pada tahun 2010 di mana dia muncul sebagai penyokong buat abangnya ketika rakaman khas untuk program “Let’s Go Dream Team”.

song joongki let's go dream team

Walaupun kalah pada ketika itu, namun ramai yang terharu melihat kasih sayang pelakon lelaki tersebut buat adik bongsunya.

Tahniah adik Song Joong-ki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...