Siapa dah tonton drama “The Interest of Love” hingga episod akhir?
Baru-baru ini, Yoo Yeon-seok iaitu salah seorang teraju utama “The Interest of Love” telah terlibat dengan satu temu bual khas, susulan tamatnya drama berkenaan.
Ketika sesi temu bual, pelakon itu ditanya tentang perasaannya selepas menamatkan naskhah tersebut. Kongsinya,
Saya gembira drama itu dapat membentuk pangkalan peminatnya yang besar. Saya dengar penonton telah mengadakan perbincangan hangat mengenai rancangan itu.
Tambahnya lagi,
Semasa membaca komen, saya jumpa salah seorang dari mereka yang menulis ‘Cerita yang mengecewakan’. Saya bersetuju. Ia membuatkan awak banyak berfikir dan beberapa adegan malah tidak dapat difahami dan agak menjengkelkan. Tetapi jika fikir balik, itulah yang menjadikan drama itu lebih menyeronokkan.
Selain itu, babak ciumannya bersama Moon Ga-young dalam drama tersebut turut menjadi bualan ramai orang. Respon Yoo Yeon-seok mengenai adegan itu,
Adegan ciuman adalah seperti adegan aksi yang sepatutnya diberikan kepentingan dengan ahli sinematograf dan pengarah. Untuk mendapatkan adegan ciuman yang cantik, banyak perkara harus dipertimbangkan termasuk ‘angle’. Ianya seperti adegan aksi yang lebih emosional.
Korang layan tak drama ni?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉