Ikuti Kami:

“Ada Yang Bergurau, Ada Yang Serius”- Kwak Dongyeon Kongsi Turut Impikan ‘Vincenzo’ Musim Ke-2

“Ada Yang Bergurau, Ada Yang Serius”- Kwak Dongyeon Kongsi Turut Impikan ‘Vincenzo’ Musim Ke-2

Hm, makin ramai ek yang berkongsi mengenai musim kedua ‘Vincenzo”?

Baru-baru ini, pelakon Kwak Dong-yeon hadir ke satu program radio MBC, “Ahn Young Mi’s Music Date At 2 O’Clock”.

Menerusi program radio tersebut, DJ Ahn Young-mi sempat bertanya kepada Kwak Dong-yeon mengenai parti ‘wrap-up’ bagi produksi “Vincenzo” yang diadakan beberapa hari lalu.

Kami semua baru berkesempatan untuk berkumpul dan mengadakan parti ‘wrap-up’. Sewaktu drama “Vincenzo” tamat bersiaran, keadaan waktu itu agak sukar kerana wabak COVID-19.

vincenzoDia menambah,

Sebenarnya, parti itu pun dirancang secara tiba-tiba. Saya pun dapat jadual daripada staf secara mengejut. Jadi, memandangkan semuanya tiba-tiba dan saya rasa semua pasti sibuk, saya fikir tidak semua yang akan hadir. Rupanya hampir semua pelakon dan krew datang. 150 ke 160 orang! Kami semua sangat gembira dapat berkumpul bersama. 

Apabila ditanya mengenai musim kedua “Vincenzo”, dia berkata,

Saya pun sebenarnya amat menantikan musim kedua. Ianya tidak rasmi lagi, tapi saya yakin semuanya teruja untuk projek ini. Ada yang bergurau, ada yang berbual secara serius mengenai perkara itu. Apa-apa pun semua keputusan di tangan penulis, Park Jae-bum. 

Hm…. kalau tanya kita, kita semua nak “Vincenzo” musim kedua kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...