Manusia ini tak dapat dibaca kan hatinya? Di luar nampak okay tapi mungkin dia memendam perasaan.
Baru-baru ini dilaporkan bahawa seorang lelaki berusia 40-an telah diberkas tanpa ditahan kerana mencampakkan batu bata di set penggambaran di pertengahan malam.
Menurut pihak polis, pada jam 3.25 pagi 26 April, Mr. A disyaki melakukan perbuatan tersebut di lokasi Changshin-dong, Jongno-gu, Seoul hingga mencederakan seorang staf yang sedang melalui proses penggambaran.
Staf berkenaan kemudiannya di bawa ke hospital dengan kadar segera dan menerima rawatan namun tiada kecederaan membawa maut yang dilaporkan. Berdasarkan siasatan, lelaki itu dikatakan berasa terganggu dengan cahaya dan bunyi bising di kawasan penggambaran itu lantas bertindak sedemikian.
Dalam pada itu, drama lakonan Park Eun-bin iaitu “Desert Island Diva” akan menemui penonton pada separuh kedua tahun ini.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉