Ikuti Kami:

Ada SUPERM, BTS, ITZY, Majalah ‘Seventeen’ Pilih 15 Kumpulan K-Pop Terbaik Bagi 2021!

Ada SUPERM, BTS, ITZY, Majalah ‘Seventeen’ Pilih 15 Kumpulan K-Pop Terbaik Bagi 2021!

Tahun 2021 telah menjadi tahun yang meriah di dalam dunia K-Pop!

Oleh itu, majalah ‘Seventeen’ telah berkongsi senarai lima belas kumpulan K-Pop terbaik bagi tahun ini. Sama ada anda peminat K-Pop baharu atau veteran, berikut ialah kumpulan yang anda mesti dengar sebelum tahun ini berakhir atau untuk mulakan tahun baharu anda.

15. SUPERM

SuperM

Kumpulan SUPERM telah menerima gelaran sebagai “The Avengers Of K-Pop”, kumpulan super SM Entertainment yang ditubuhkan dengan ahli EXO, SHINee, NCT 127, dan WayV, iaitu Lucas, Tae-min, Kai, Baek-hyun, Mark, Tae-yong dan Ten.

14. TVXQ

TXVQ

Sebagai sebuah kumpulan yang telah membuat promosi selama hampir dua puluh tahun, TVXQ ialah duo abadi yang bukan sahaja terus menjual konsert tetapi telah memberi inspirasi kepada ramai idola untuk menjadi penyanyi.

13. NCT 127

NCT 127

Dengan keluaran album penuh mereka “Sticker”, NCT 127 memulakan kerjayanya di nombor tiga carta Billboard 200 A.S., menjadikannya album K-Pop dengan carta tertinggi untuk kumpulan lelaki untuk 2021. Selain itu, NCT 127 juga telah kembali dengan lagu “Favorite (Vampire)” yang kini telah cecah 38 juta tontonan di YouTube.

12. TWICE

TWICE

Sebagai salah satu kumpulan gadis paling popular, TWICE turut menduduki tangga ketiga carta Billboard 200 A.S. dengan album penuh “Formula of Love: O+T=<3”, menjadikan mereka satu-satunya kumpulan gadis yang melakukannya untuk 2021. Album tersebut turut menjadi album pertama TWICE yang berjaya duduki carta Top 30 Billboard 200 selama 3 minggu.

11. GOT7

GOT7

Walaupun kumpulan lelaki tujuh ahli itu tidak memperbaharui kontrak mereka dengan JYP Entertainment, ikatan GOT7 masih kuat. Setiap ahli masing-masing aktif dengan muzik atau aktiviti solo mereka, dan mereka saling menyokong satu sama lain.

10. TXT

TXT

Mempunyai jangkaan besar sebelum mereka memulakan kerjaya, TXT telah berjaya mencipta nama dengan kreativiti dan bakat mereka, memecahkan rekod di pelbagai platform hebat. Antaranya adalah, TXT telah menjadi satu-satunya artis korea yang berjaya duduki di carta Billboard 200 dengan 3 album untuk tahun 2021!

9. RED VELVET

RED VELVET

Menjelang tujuh tahun, kumpulan gadis dengan lima ahli RED VELVET terkenal sebagai duta jenama mewah dan mencipta rekod dengan muzik mereka, seperti mengungguli carta Album Dunia Billboard. Lagu terbaru mereka “Queendom” turut mendapat perhatian ramai peminat seluruh dunia.

8. GIRLS’ GENERATION

GIRLS' GENERATION SNSD

Mengenai kumpulan gadis K-Pop, GIRLS’ GENERATION ialah kumpulan veteran yang semua orang harus tahu, yang telah memberi inspirasi kepada ramai kumpulan K-Pop wanita untuk memulakan kerjaya sebagai penyanyi. Selain itu, muzik mereka membantu menempatkan K-Pop pada skala global daripada kejayaan mereka.

7. BIGBANG

BIGBANG

Debut setahun sebelum GIRLS’ GENERATION, BIGBANG merupakan satu lagi kumpulan veteran yang masih popular hari ini untuk muzik mereka yang abadi dan kejayaan di seluruh dunia. Walaupun kemunculan semula mereka di ‘Coachella’ dibatalkan, ramai peminat masih setia menunggu muzik baru dari kumpulan tersebut.

6. (G)I-DLE

(G)I-DLE

Sejak penampilan sulung kumpulan gadis Cube Entertainment (G)I-DLE, mereka telah mendapat kemasyhuran kerana bakat dan bunyi muzik mereka. Namun kini, setiap ahli lebih memberi tumpuan kepada aktiviti solo mereka, selepas pemergian ahli, Soo-jin.

5. ENHYPEN

ENHYPEN

Telah debut selama setahun, ENHYPEN memuncak selepas penampilan sulung mereka dengan merangkul pelbagai anugerah serta terus mendapat populariti dan mengukuhkan diri mereka sebagai artis yang hebat. Walaupun baru sahaja debut, ENHYPEN telah berjaya menjual satu juta album “Dimension: Dilemma”, pada bulan lepas.

4. ITZY

ITZY

Walaupun baru hampir dua tahun debut, ITZY telah memecahkan rekod, seperti menjadi kumpulan gadis K-Pop kedua yang mencatatkan dua lagu di carta Billboard Global 200. Selain itu, ITZY juga telah menjual lebih 1 juta album secara terkumpul meskipun baru memulakan kerjaya kurang dari 3 tahun!

3. SEVENTEEN

SEVENTEEN

Mencapai pencapaian menjual lebih lima juta album, kumpulan tiga belas ahli SEVENTEEN tidak sanggup melepaskan gelaran mereka ‘million sellers’ dengan menjual lebih satu juta salinan setiap album mereka “Attaca” dan “Your Choice” pada 2021.

2. BLACKPINK

BLACKPINK

Antara memperoleh tawaran jenama dengan jenama mewah di seluruh dunia dan bekerjasama dengan artis luar negara yang terkenal, BLACKPINK ialah kumpulan gadis yang bukan sahaja mencipta sejarah tetapi juga menjadi penentu arah aliran, dari segi muzik dan fesyen.

1. BTS

BTS

Daripada menjadi salah satu kumpulan yang paling memberi inspirasi dan mencapai perkara yang tidak pernah mereka impikan, BTS terus mencipta rekod kiri dan kanan dengan muzik mereka. Baru-baru ini, BTS baru sahaja selesai mengadakan konsert selama 4 hari di Los Angeles, dan meraih $33.3 juta secara keseluruhan.

Semua hebat-hebat ni! Kumpulan mana yang korang paling minat?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...