Ikuti Kami:

Ada Shin Dongyeop, ‘Witch Hunt’ Kembali Lepas 7 Tahun

Ada Shin Dongyeop, ‘Witch Hunt’ Kembali Lepas 7 Tahun

“Witch Hunt” yang sebelum ini sangat digilai penonton khabarnya bakal kembali selepas 7 tahun! Barisan pengacara bagi program ini juga dilihat sebagai barisan yang menjanjikan kualiti program yang mantap.

“Witch Hunt 2022” merupakan satu program rancangan hiburan, telah mengumumkan baru-baru ini bahawa program itu telah mengesahkan barisan 4 pengacara termasuk Shin Dong-yeop, Kim Ea-na, Code Kunst, dan BIBI.

Shin Dong-yeop, yang merupakan ‘ketua’ “Witch Hunt” mengumumkan ‘comeback’yang hebat setelah sekian lama. Shin Dong-yup masih akan menjadi teraju utama “Witch Hunt 2022” dengan jenaka, lakonan semula yang meriah dan nasihat realiti yang bernas.

Bersama Shin Dong-yeop, Kim Ea-na, Code Kunst, dan BIBI akan menyertai sebagai barisan pengacara baharu. Penulis lirik Kim Ea-na yang sering berkomunikasi dengan cara percakapan yang halus, meramalkan pembawakan komunikasi yang ikhlas dan sangat berempati melalui analisisnya yang tepat.

witch hunt

 

Code Kunst pula cepat memahami situasi yang mengandungi unsur-unsur negatif serta mampu memberi eskspresi yang dengan tepat dalam program itu nanti. BIBI, mempunyai tahap kejujuran yang tinggi dan berani, dijangka dapat melengkapkan perbincangan dalam program itu nanti.

Pasukan produksi “Witch Hunt 2022” berkata, “Empat pengacara yang mempunyai personaliti yang kuat akan menunjukkan keserasian sinergi yang sempurna dengan merangkumi pelbagai peringkat umur. .

Program “Witch Hunt 2022′ akan disiarkan melalui siaran TV pada musim panas ini. Jangan terlepas program ini nanti tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...